Belum Ada Lagi Peranti Dengan Dimensity 800, Tetapi Kini MediaTek Muncul Pula Dengan Dimensity 820

Siri Dimensity dari MediaTek merupakan barisan cip mercu yang khusus dengan rangkaian 5G. Sekitar penghujung tahun lepas, pihak MediaTek telah mengumumkan Dimensity 800 yang merupakan sebuah cip kelas pertengahan untuk peranti mampu milik.

Namun begitu, sejak pengumumannya, tidak pernah lagi kita lihat mana-mana pengeluar melancarkan peranti dengan cip tersebut. Waima perkara tersebut, MediaTek kini telah mengumumkan cip yang lebih berkuasa dari Dimensity 800 yang dinamakan Dimensity 820.

Dengan Dimensity 820, ia membawakan CPU dan GPU lebih berkuasa seiring dengan sokongan panel 120Hz, dan juga pemperosesan kamera lebih berkuasa.

Kapsyen: Spesifikasi penuh MediaTek 820


Secara keseluruhan, hanya sedikit perbezaan sahaja berbanding Dimensity 800. Pertamanya ia hadir dengan binaan 7nm yang sama namun kali ini 4 teras ARM Cortex-A76nya dinaikkan kepada 2.6Ghz berbanding 2.0Ghz pada Dimensity 800.

Untuk teras jimat tenaga pula, ia masih lagi menggunakan 4 teras ARM Cortex-A55 yang sama dengan kelajuan 2.0Ghz.

  • Dimensity 800 - 4x ARM Cortex-A76, 2.0GHz + 4x ARM Cortex-A55, 2.0GHz

  • Dimensity 820 - 4x ARM Cortex-A76, 2.6GHz + 4x ARM Cortex-A55, 2.0GHz


Untuk GPU pula, Dimensity 820 menggunakan teras ARM Mali-G57 namun bilangan teras telah dipertingkatkan daripada 4 kepada 5 berbanding Dimensity 800. Turut hadir juga adalah MediaTek HyperEngine 2.0 yang memberikan peningkatan prestasi grafik dari segi perisian.

  • Dimensity 800 - 4 teras ARM Mali G57

  • Dimensity 820 - 5 teras ARM Mali G57


Selain itu, Dimensity 820 juga hadir dengan sokongan paparan dengan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz pada resolusi Full HD+. Sebelum ini, Dimensity 800 hanya menyokong sehingga 90Hz Full HD+ sahaja.

Sama seperti mana-mana cip pemprosesan Dimensity lain, Dimensity 820 juga turut menyokong rangkaian 5G. Pada Dimensity 820, ia menyokong teknologi 5G SA, 5G NSA, dan rangkaian 5G sub-6Ghz.

Pemprosesan kamera (ISP) juga dipertingkatkan dengan Imagiq 5.0. Kini Mediatek 820 menyokong sehingga 80MP kamera. Ia juga hadir dengan fungsi EIS, 4K HDR, bokeh masa nyata dan juga kadar hingar yang lebih baik.

Sumber: MediaTek

 

Berkaitan