Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-28 at 10.10.51 AM

Beberapa Pengguna Mi A2 Lite Sudah Mula Terima Kemaskini Android Pie 9

Diterbitkan November 28, 2018 ยท Dikemas kini November 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Jikalau dua minggu lalu kemaskini Mi A2 dilaporkan telah ditawarkan kini model adik pula mengambil giliran.

Mi A2 Lite juga salah satu model yang dikeluarkan dibawah program Android One kini dikhabarkan mula menerima kemaskini Android Pie 9 bagi sesetengah pengguna.

Screenshot 2018-11-28 at 10.09.15 AM

Satu perkongsian gambar telah dibuat di Forum XDA Developers menunjukkan penawaran kemaskini terbabit. Menurut pemilik yang berasal dari Poland itu, beliau tidak menyertai program beta dan meramalkan penawaran secara global akan dibuat tidak lama lagi.

Kemaskini Android Pie 9 bersaiz lebih 1GB itu bakal membawakan ciri-ciri baru untuk peranti seperti FM Radio, penyesuaian bateri dan kecerahan dan lain-lain lagi.

Ketika ini, belum diketahui pasaran mana dan tarikh penawaran secara menyeluruh akan dibuat. Dalam masa yang sama, kemaskini untuk model “abang”, Mi A2, pun masih belum kunjung tiba untuk pengguna tempatan.

Sumber: XDA Developers Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY