Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Baucar RM50 Cuti-Cuti Malaysia AirAsia Kini Sudah Boleh Ditebus

Baucar RM50 Cuti-Cuti Malaysia AirAsia Kini Sudah Boleh Ditebus

Diterbitkan November 30, 2020 · Dikemas kini November 30, 2020 oleh Amalina Athman

AirAsia dengan kerjasama pakej rangsangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengumumkan baucar RM50 Cuti-Cuti Malaysia.

Terbaru, sejumlah 24,000 e-baucar bernilai RM50 telah boleh ditebus bermula 2 petang, 30 November 2020. Penebusan baucar ini boleh dilakukan melalui airasia.com.

baucar rm50 airasia

Menerusi e-baucar ini, ia membolehkan pengguna menebus diskaun RM50 bagi mana-mana penerbangan domestik AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) yang ditempah antara 30 November 2020 hingga 13 Disember 2020 untuk tempoh penerbangan antara 7 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Dalam pada itu, AirAsia turut mengumumkan rangkaian domestik diperluaskan dengan lapan laluan baharu bagi keperluan perjalanan. Laluan baharu tersebut menghubungkan Langkawi – Ipoh, Langkawi – Kota Bharu,  Johor Bahru – Bintulu, Johor Bahru – Kota Bharu, Penang – Sibu, Penang – Kota Bharu dan Kuching – Langkawi.

Setiap laluan akan beroperasi dengan tiga penerbangan secara mingguan yang akan bermula pada bulan Disember 2020, sementara penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu akan bermula pada Februari 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan e-baucar ini, layari laman rasmi airasia.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY