Kapasiti bateri yang kecil itu juga pastinya tidak menggembirakan pengguna sekiranya mereka mengaktifkan capaian 5G pada peranti iphone.
Ini kerana, hasil ujian ketahanan bateri yang dibuat oleh laman Toms Guide mendapati, apabila capaian 5G diaktifkan pada model iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, kedua-dua model iPhone itu hanya mampu beroperasi antara 8 hingga 9 jam sahaja.
Secara kasarnya, bateri iPhone 12 adalah 20% lebih cepat habis apabila mod 5G diaktifkan berbanding mod 4G.
Malah keputusan itu juga menunjukkan ketahanan bateri telefon pintar lain adalah lebih baik apabila capaian 5G diaktifkan memandangkan kapasiti bateri yang digunakan adalah lebih besar.
Berikut adalah hasil keputusan ujian capaian 5G dan 4G iPhone 12 dan iPhone 12 Pro berbanding beberapa model telefon pintar lain yang diperoleh Toms Guide:-
Hasil dari ujian bateri itu Toms Guide menyimpulkan, pengguna iPhone 12 pastinya mahu menggunakan capaian 4G pada peranti mereka bagi menjimatkan penggunaan bateri berbanding 5G.
"Overall, the iPhone 12 and iPhone 12 Pro battery life is a bummer over 5G, at least when surfing the web. So you may want to manually switch to 4G in some cases to save extra juice. "
Walaubagaimanapun, hasil ujian itu tidak menggambarkan penggunaan pada masa sebenar.
Berkaitan
- Siri iQOO Z7 Dilengkapi Pengecas Pantas 120W Sedang Serendah RM799
- Ura-ura Samsung Galaxy Fold Mungkin Akan Dilancarkan Beberapa Hari Lebih Awal Sebelum iPhone 11 Diperkenalkan
- Projek Demonstrasi 5G Sedang Dijalankan Di 6 Buah Negeri Di Malaysia
- Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14
- Bos Nothing Kata iPhone 15 "Boring"
- Kamera OnePlus 8 Pro Mengatasi Galaxy S20 Dan iPhone 11 Pro Max - DxOMark
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
- Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023
- Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding iOS 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan - Kajian
- Interaksi Secara Langsung Dan Khidmat Lepas Jualan Masih Menjadi Penentu Utama Pengguna Membeli Sesuatu Produk