Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
StarHub dan U Mobile Malaysia Akan Bekerjasama Dalam Menjalankan Ujian Perayauan 5G SA

Projek Demonstrasi 5G Sedang Dijalankan Di 6 Buah Negeri Di Malaysia

Diterbitkan Januari 9, 2020 oleh ariff bukhari

Perasmian 5GDP akan dirasmikan oleh Perdana Menteri di Langkawi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa pelaksaan teknologi rangkaian 5G akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini di Malaysia.

Sekaligus menjadi antara negara Asean terawal yang akan menggunakan teknologi tersebut.

SKMM juga memaklumkan bahawa mereka sedang melaksanakan Projek Demonstrasi 5G (5GDP)  dengan syarikat-syarikat utama penyedia perkhidmatan rangkaian di Malaysia bagi menguji keupayaan teknologi 5G.

Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Edotco Malaysia Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Petroliam Nasional Berhad and YTL Communications Sdn Bhd.

Setakat ini, sebanyak 100 kes pengaplikasian 5G telah dikenal pasti dalam 6 sektor utama industri termasuklah agrikultur, pendidikan, hiburan/media, kesihatan, pembuatan dan pemprosesan, minyak dan gas, bandar pintar, pengangkutan dan pelancongan.

Projek Demonstrasi 5G (5GDP) Malaysia telah pun dimulakan sejak Oktober tahun lalu dan kini ia sedang dijalankan di 6 buah negeri di Malaysia.

Salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah di mana pihak Telekom Malaysia (TM) dan Digi telah bekerjasama bagi menguji keupayaan, kemungkinan dan batasan perkongsian rangkaian 5G antara pelbagai operator perkhidmatan rangkaian semasa tempoh 5GDP itu.

Sealin itu, SKMM juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan akan merasmikan 5GDP di Langkawi pada 19 Januari ini.

Beliau juga akan membuat lawatan ke Hospital Sultanah Maliha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi melihat sendiri keupayaan penggunaan 5G dalam pelancongan maya dan pemindahan data perubatan masa nyata.

Pada 20 Januari 2020 pula, pihak SKMM akan mengadakan Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia yang akan membincangkan topik perkembangan dan implementasi teknologi 5G secara global.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY