Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Interaksi Secara Langsung Dan Khidmat Lepas Jualan Masih Menjadi Penentu Utama Pengguna Membeli Sesuatu Produk

Interaksi Secara Langsung Dan Khidmat Lepas Jualan Masih Menjadi Penentu Utama Pengguna Membeli Sesuatu Produk

Diterbitkan Julai 27, 2019 · Dikemas kini Julai 27, 2019 oleh ariff bukhari

Disebalik peningkatan urusan jual beli secara atas talian, pengguna masih utamakan 2 faktor ini ketika membeli sesuatu barangan.

Satu kaji selidik telah dilakukan bagi melihat dan memahami tingkah laku pengguna dalam proses membuat keputusan sebelum mereka membeli sesuatu produk.

Sungguhpun kaji selidik yang dibuat itu mendapati lebih ramai pengguna di Asia membeli pelbagai produk menerusi atas talian, tetapi hasil dapatan kaji selidik juga mendapati 2 peranan utama ini masih menjadi penentu pengguna dalam membeli sesuatu produk.

“What we see in Asia is that business relationships are not one dimensional – online channels are popular, but so too are more traditional forms of buying, and this presents a real balancing act for those who want to sell in this region,”

Sylvie Van Den Kerkhof, Naib Presiden pemasaran, UPS Asia Pasifik.

Interaksi secara langsung

Menurut penyelidik, pengguna di Asia lebih mementingkan hubungan secara langsung dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan. Khususnya pengguna di China, mereka didapati lebih suka berhubung terus dengan pihak penjual melalui percakapan telefon atau pun secara bersua muka berbanding pengguna di A.S atau Eropah.

Ia merupakan salah satu proses penting dalam urusan jual beli  bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengguna terhadap sesuatau produk yang dijual oleh peniaga.

Khidmat Lepas Jualan

Satu lagi sebab penting yang mempengaruhi pengguna memtusukan untuk membeli sesuatu produk adalah khidmat lepas jualan yang ditawarkan.

Secara global, khidmat lepas jualan terus menjadi komponen utama dalam keputusan pengguna membuat pembelian.

Ia secara konsisten menjadi pengaruh utama kepada pengguna membeli produk dalam pelbagai kategori dan segmen industri. Terutmanya pengguna di Asia secara khsusunya yang sangat mementingkan khidmat lepas jualan berbanding pengguna di rantau lain.

Ia termasuklah tawaran perkhidmatan pemulangan barang, penghantaran, baik pulih kerosakan produk, penyelenggaraan dan lain-lain.

Kaji selidik ini meliputi lebih daripada 3,400 industri jual beli secara global termasuk 600 syarikat perniagaan yang terdapat di China, Jepun dan Thailand.

Untuk info penuh kajian ini, anda boleh dapatkan hasil dapatan lengkap yang diterbitkan dalam laporan kaji selidik bertajuk 2019 UPS Industrial Buying Dynamics Asia Pacific Study yang dijalankan oleh Burke. Inc bagi pihak UPS.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY