Bas RapidKL Laksana Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Secara Berperingkat, Bermula 15 April Ini

Pengguna bas RapidKL kini mempunyai pilihan, sama ada untuk membayar tambang menerusi wang tunai ataupun kemudahan kad Touch N' Go.

Namun ia hanya berbekal beberapa hari sahaja lagi dimana bermula pada 15 April 2019, pengangkutan awam tersebut bakal melaksanakan pembayaran tanpa tunai sahaja.

Bakal dijalankan secara berperingkat dimulai dengan...

  • Ampang (15 April 2019),

  • Cheras, Sungai Besi, Jalan Klang Lama (29 April 2019),

  • Damansara, Jalan Ipoh, Jalan Pahang (13 Mei 2019),

  • Lebuhraya Persekutuan (27 Mei 2019).


Dimaklumkan juga, penumpang boleh menikmati diskaun 20% dengan penggunaan kad Touch N' Go atau dapatkan pas perjalanan tanpa had MY100 dan My50 bagi lebih penjimatan.



Kredit foto utama: RapidKL