Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Phone Duel 2 (1)

Lenovo Legion Phone Duel 2 Ada Variasi Baru, Beza Storan Dan Harga Murah Sedikit

Diterbitkan Julai 17, 2021 ยท Dikemas kini November 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Setelah hampir sebulan dilancarkan di pasaran tempatan, Lenovo Legion Phone Duel 2 kini hadir dengan varian terbaru yang berharga RM2,999.

Walaupun lebih murah, varian terbaru telefon ‘gaming’ ini masih mengekalkan spesifikasi dan ciri yang sama. Perbezaan hanyalah pada kapasiti storan dalaman yang lebih kecil iaitu 128GB.

Lenovo Legion Phone Duel 2 (5)

Rangkum semula, telefon gaming ini tampil dengan paparan AMOLED berukuran 6.92-inci beserta sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Sistem dalamannya pula dijana cip Snapdragon 888 5G, dwi-bateri berkapasiti 5500mAh, pengecasan turbo. Selain itu, bahagian sisinya dilengkapi kamera terangkat 44MP serta butang Octa-Triggers dan Dual HaptiX.

Lenovo Legion Phone Duel 2 Ada Variasi Baru, Beza Storan Dan Harga Murah Sedikit

Menurut Lenovo, tanda harga RM2,999 yang diletakkan pada Lenovo Legion Phone Duel 2 varian 12GB+128GB ini akan disahkan sebaik sahaja ia tiba di Malaysia pada awal Ogos nanti.

Sementara itu, anda sudah boleh dapatkan varian 12GB+256GB dan 16GB+512 yang terdahulu di laman rasmi atau Shopee Lenovo.

Sumber: Siaran Akhbar Lenovo Malaysia

Baca juga – Lenovo Yoga Tab 13 Diperkenal, Tablet Boleh ‘Berdiri’ Dan Digantung

Baca juga – ROG Zephyrus M16 Dilancarkan – Lengkap Dengan Cip Intel i9, RTX 3060/3070

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY