Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin Fenix 6

Barisan Jam Tangan Pintar Garmin Diperkenalkan, Harga Jualan Dari RM2999

Diterbitkan Ogos 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selepas pelancaran global dilakukan semalam, hari ini Garmin Malaysia mengambil giliran untuk memperkenalkan barisan jam tangan pintar terbaru dalam siri Fenix 6 mereka untuk pasaran negara.

WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.20.19 PM

Model flagship, Fenix 6X Pro Solar mempunyai keupayaan dicas menggunakan tenaga solar dan ia mampu memanjangkan kuasa peranti sehingga 3 hari lebih lama daripada tempoh 21 hari yang dijanjikan melalui bateri peranti itu.  Ia hadir dengan paparan bersaiz 1.4 inci, 36% lebih besar berbanding model yang sebelumnya.

WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.20.05 PM
Fenix 6X
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.20.06 PM
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.20.07 PM

Turut diperkenalkan adalah Fenix 6X yang turut mempunyai saiz paparan sama iaitu 1.4 inci disamping dua lagi model Fenix 6 dan Fenix 6S dan edisi Sapphire dari dua model ini menggunakan nilam tahan calar untuk meingkatkan lagi daya ketahanannya.

WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.18.46 PM (1)
Fenix 6S
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.18.46 PM
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.18.47 PM (1)
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.18.47 PM

Siri Fenix 6 direka untuk pengguna yang gemarkan aktiviti luar dimana ia lengkap dengan ciri peta topografi termasuklah peta untuk lebih dari 2000 pusat peranginan ski seluruh dunia dan 41,000 padang golf.

WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.19.12 PM
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.19.32 PM
WhatsApp Image 2019-08-30 at 1.19.33 PM (1)

Melengkapkan lagi penawaran adalah ciri PacePro yang berfungsi memberi panduan kepada pengguna ketika aktiviti larian. Lain-lain spesifikasi yang boleh pengguna dapatkan daripada siri Fenix 6 adalah kawalan untuk hayat bateri, sensor kadar degup jantung, pemantauan tidur dan sokongan pembayaran tanpa sentuhan Garmin Pay.

Harga-harga jam tangan pintar mengikut model;

  • Fenix 6X Pro Solar – RM4699
  • Fenix 6 – RM2999
  • Fenix 6S – RM3950
  • Fenix 6X – RM4199

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY