Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ProArt

Barisan ASUS ProArt Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM9,999

Diterbitkan Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini mengumumkan barisan produk terbaru mereka bagi siri komputer riba ASUS ProArt.

Barisan model baharu ini termasuklah ProArt P16 16-inci dan ProArt PX13 13-inci.

ProArt PX13

ASUS ProArt PX13 adalah komputer riba yang boleh bertukar mod kepada tablet dengan engsel 360°.

Ia dilengkapi skrin ASUS Lumina OLED 3K yang dipacu pemproses AMD Ryzen™ AI 9 HX 370 dengan GPU komputer riba GeForce RTX 4060 yang memberikan pengalaman PC AI serta RAM 32GB LPDDR5X dan storan SSD PCIe 4.0 1TB memastikan prestasi pantas.

ProArt PX13_HN7306_Product photo_Nano Black_14
ProArt PX13 dilengkapi sambungan WiFi 7 yang sangat pantas, port I/O termasuk USB4 berkembar 40 Gbps untuk pengecasan pantas dan paparan luaran, HDMI 2.1 FRL dan pembaca kad MicroSD UHS-II.

ProArt P16

Komputer riba ProArt P16 16-inci menawarkan komponen termaju dalam kerangka premiumnya yang senipis 14.9 mm dan seringan 1.85 kg sahaja.

Dikuasakan pemproses AMD Ryzen™ AI 9 370 HX dan GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4070, ia memberikan sehingga 321 TOPS gabungan, menjadikannya PC AI pertama seumpamanya yang dibina untuk aliran kerja AI merentas kreativiti , permainan, produktiviti dan banyak lagi.

GPU Laptop GeForce RTX 4070nya menyediakan kreatif dengan pecutan AI RTX dalam aplikasi 2D, 3D, penyuntingan video dan penstriman yang berupaya melancarkan penyuntingan video 2.5x lebih pantas dengan DaVinci Resolve.

Ia dilengkapi paparan OLED 16-inci memastikan ketepatan warna yang tepat, manakala port I/O serba boleh membolehkan sambungan lancar ke semua peranti pengguna.

ProArt P16_H7606_Product photo_Nano Black_10
inch ProArt P16 dilengkapi 32GB RAM LPPDR5X dan 2TB storan SSD PCIe 4.0 ultra pantas.

ASUS ProArt PX13 (HN7306) baharu dijual pada harga RM9,999, manakala ProArt P16 (H7606) boleh didapati pada harga RM12,999.

Untuk info lebih lanjut, layari https://www.asus.com/my/store/. Atau anda boleh berkunjung ke ASUS AI PC First Experiential Roadshow yang sedang berlangsung di Concourse, Plaza Low Yat dari 12 Ogos hingga 18 Ogos 2024 bagi merasai sendiri pengalaman PC AI terbaru ASUS ini serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Barisan ASUS ProArt Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM9,999

Beli barisan komputer riba ASUS dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clljvns
  • Lazada – https://invol.co/clljvnj

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ASUS Zenbook S 16 Hadir, ASUS Lumina OLED Dan AMD Ryzen 9 AI
  • ASUS Vivobook S 15 Dan Zenbook S 16 Dijual Pada Harga Bermula RM6,299
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Ulasan ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) - Skrin Dah 'Power', Tapi Prestasi Windows 11 Pula Mengganggu

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY