Menurut akaun rasmi Twitter BNM, terdapat laman palsu beralamat "bnmgovinfo.com" direka khusus untuk mengumpan pengguna untuk memasukkan maklumat peribadi melalui kaedah 'phishing'.
https://twitter.com/BNM_official/status/1242254931530117121
Untuk makluman anda, laman rasmi sebenar BNM adalah bnm.gov.my sahaja. Tambahan menurut BNM lagi, mereka tidak akan bertanyakan pengguna apa-apa maklumat mengenai perbankan peribadi melalui laman sesawang, emel, panggilan telefon, ataupun SMS.
Melihat kepada imej kedua yang disertakan, anda dapat melihat laman terssebut cuba untuk memuat turun perisian hasad yang bertujuan jahat untuk memperoleh maklumat peribadi anda.
Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati ketika melayari internet dan tidak sewenang-wenangya memberikan mana-mana maklumat peribadi anda kepada pihak lain.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Berkaitan
- Siri Ryzen 3000 XT Kini Dijual Di Malaysia Bermula RM1199 - Percuma AC Valhalla Untuk Cip Ryzen Terpilih
- Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode
- Sebab Mengapa Snapdragon 865 Tidak Mempunyai Modem 5G Secara Terbina
- Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz
- realme Watch S Diperkenalkan Dengan Rekaan Bulat Dan Pemantauan Oksigen Darah
- Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27" Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699
- Jakim Rujuk SKMM Isu Pelakon Tak 'Sedar' Berlakon Dalam Drama Gay
- Apple Arcade Kini Menambah Pilihan Bayaran Secara Tahunan
- Pelantar Pendidikan Digital DELIMa Oleh Kementerian Dikatakan Mendiskriminasi Kandungan Tempatan
- Jenama Kamera Yang Digunakan Untuk Penerbitan Netflix