Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelantar Pendidikan Digital DELIMa Oleh Kementerian Dikatakan Mendiskriminasi Kandungan Tempatan

Pelantar Pendidikan Digital DELIMa Oleh Kementerian Dikatakan Mendiskriminasi Kandungan Tempatan

Diterbitkan Jun 18, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Ia merupakan laman pembelajaran digital yang membekalkan servis dan aplikasi dari pelbagai pembekal luar seperti Google, Microsoft, dan Apple secara percuma.

Walau bagaimanapun, pelantar DELIMa ini dikatakan mendiskriminasi kandungan dari dalam Malaysia dan hanya mengutamakan teknologi Barat sahaja.

Dakwaan itu dikatakan oleh Faiz Al-Shabab, yang merupakan pengarah pengurusan di Xentral Methods Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat teknologi di sebalik e-Sentral eBookstore dan juga pustaka digital ELIB Malaysia.

Katanya, DELIMa memilih pembekal pustaka digital yang kurang popular dalam pelantar mereka, dan tidak memilih u-Pustaka Digital Library (laman utama Perpustakaan Negara digital) serta ELIB yang merupakan perkhidmatan pustaka digital lebih popular di Malaysia.

Walaupun secara kasar ia dilihat sebagai keluhan disebabkan ‘produk’ syarikat yang tidak diutamakan, baginya ia adalah lebih daripada itu. Menurut Faiz, DELIMa meninggalkan terus servis digital kandungan tempatan seperti Edunation, aplikasi Dewan Bahasa, malah eTextbook dari KPM sendiri.

Tambahannya, adalah mengecewakan untuk Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan seperti ini. Baginya sikap KPM adalah seperti orang kampung yang malu dengan orang kampungnya sendiri.

Berkenaan dengan solusi masalah ini, Faiz telah pun menulis surat terbuka kepada DR. Habibah Abdul Rahim selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang menceritakan keluhan dan pendapat beliau untuk memperbaiki situasi tersebut.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY