Seorang pelakon baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab produksi drama yang mempromosikan aplikasi bertemakan gay.
Drama tersebut berjudul Stay Away From Me dan dibintangi oleh Danish Iskandar. Beliau memaklumkan di dalam kontrak, produksi langsung tidak memberitahu dirinya sedang berlakon dalam drama kaum sejenis.
Katanya, selesai shooting dan apabila siri drama itu sudah ditayangkan dalam aplikasi, barulah beliau tahu ia merupakan aplikasi temu janji gay.
Sehubungan dengan perangai tidak bertanggungjawab pihak produksi, ibu bapa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap produksi lebih-lebih lagi memikirkan Danish Iskandar masih lagi di bawah umur.
so guys , my parents proceed to take legal action memandangkan production tu sendiri tanak bertanggungjawab , and im sorry for everything if theres anything wrong , i will be careful and aware next time so yea just doakan yang baik baik
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
Tambahan Danish, beliau berkata beliau mangsa keadaan disebabkan pihak produksi menokok tambah sesetengah adegan pada jalan cerita ketika last minute.
Walau bagaimanapun, beliau masih lagi mengakui kesalahannya kerana masih meneruskan sesi penggambaran walaupun tidak tahu drama itu tentang apa sebenarnya.
the production wasnt clarified about gay app,they just gave the storyline yang takde langsung scene scene mcm tu so they added certain scene tht aren’t in the storyboard on the last minute, so yea its my fault cause teruskan jugak shooting tu, i wont do it again, im mngsa keadaan
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini bersedia untuk merujuk kes ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membolehkan siasatan dilakukan.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad, beliau mengatakan hal ini bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.
Tambahnya lagi, JAKIM hanya penyelaras sahaja, jadi mereka tidak ada kuasa untuk menghukum kerana ia terletak pada pihak berkuasa agama negeri.
Sumber: Berita Harian, Danish Iskandar
Baca juga: