Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
red magic

Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz

Diterbitkan Januari 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Peranti dengan kadar semula melebihi 60hz semakin banyak berada di pasaran. Buat masa ini, paparan 120hz merupakan yang paling tinggi. Namun, untuk sesebuah peranti pintar, Nubia berpendapat ia masih belum mencukupi. Jadi, untuk peranti gaming seterusnya, mereka akan hasilkan Red Magic 5G yang akan mempunyai paparan 144Hz.

Pilihan sehingga 144Hz

Baru-baru ini Presiden Nubia Technology, Ni Fei memuat naik satu gambar screenshot sebuah peranti di Weibo yang mempunyai tetapan kadar segar semula 144Hz. Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen “It’s a good day. The 144Hz of the Red Devils 5G is just debugging OK, I feel good, feel relieved to go to the annual meeting“.

Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, peranti tersebut akan mempunyai 4 tetapan pilihan 60Hz, 90Hz, 120Hz dan yang paling tinggi dengan 144hz. Antara maklumat lain yang boleh diperoleh adalah ini merupakan peranti dengan rangkaian 5G dan juga terdapat logo kipas pada bahagian atas kiri.

Jika anda mengikuti perkembangan jenama ini, anda semestinya sudah mengetahui Red Magic 3 sebelum ini mempunyai kipas terbina untuk tujuan penyejukan. Jadi, peranti yang dinyatakan oleh Ni Fei mungkin akan turut mempunyai kipas yang sama.

Poster acah Red Magic 5G

Tidak beberapa lama kemudian, laman Weibo Red Magic Gaming memuat naik poster mengacah spesifikasi 144Hz tersebut. Selain dari 144Hz, tidak banyak yang boleh diketahui dengan hanya melihat gambar. Namun, kita pun tahu bahawa Red Magic merupakan jenama untuk peranti gaming. Jadi, ia semestinya akan mempunyai spesifikasi yang tertinggi.Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz

Tiada tarikh pelancaran yang dikongsikan melalui poster tersebut jadi agak sukar untuk mengagak bila ia akan dilancarkan. Sebelum ini OnePlus telah mengumumkan bahawa OnePlus 8 akan menggunakan paparan dengan 120Hz.

Apa yang pasti, ini merupakan perang terbaru pengeluar. Perlumbaan untuk mereka mengeluarkan peranti pertama dengan 144Hz. Dan nampaknya Red Magic 5G ini mungkin jadi peranti pertama dengan paparan sedemikian.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY