Pada Ogos yang lalu, Insurance2Go ada berkongsi hasil ujian yang menggunakan tiga model telefon pintar dari iPhone, Google dan Samsung.
Ketiga-tiga telefon pintar bersama tandas duduk, papan kekunci dan tetikus yang digunakan dipejabat dikesat untuk mengambil sampel bakteria dan kulat yang terdapat pada peranti terlibat.
Menurut laporan kajian, kadar bakteria dan kulat pada tandas duduk dan flush lebih rendah dari telefon pintar.
Skrin paparan menjadi kawasan yang paling tinggi kandungan bakteria. Antara bahagian lain yang dihuni banyak bakteria adalah bahagian panel belakang, butang kuasa dan butang Home.
Difahamkan hal ini terjadi apabila pemilik telefon pintar jarang membersihkan telefon pintar mereka. Responden yang ditemubual penguji menyatakan mereka hanya membersihkan dalam enam bulan sekali sahaja.
Kehadiran bakteria yang tinggi pada telefon pintar boleh menyumbang kepada masalah jerawat seperti yang dijelaskan oleh Dr Shirin Lakhani dari Elite Aesthetics pada laporan terbabit.
Menurut beliau, kepekatan tinggi bakteria mikroskopik dicampur dengan minyak dan solekan pada kulit disamping haba dari telefon pintar boleh membiakkan lagi bakteria.
Hal ini boleh menjadikan liang kulit tersumbat dan menyebabkan keradangan serta jerawat.
Dr Shirin turut menyarankan pengguna supaya menggunakan fon telinga untuk panggilan suara yang lama dan lebih kerap membersihkan peranti dengan alkohol pembersih.
Bila kali terakhir anda bersihkan telefon pintar?
Sumber: Insurance2GO
Berkaitan
- Nak Tambah Orang Dekat Netflix? Boleh, Tapi Kena Bayar Lebih
- Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari Hanya Untuk Warga Malaysia
- "Mid-Year Sale" MSI Tawar Monitor Dan Kerusi Gaming Sebagai Hadiah
- Kecerdasan Buatan "Wukong AI"Tewaskan Pemain Profesional Dalam Permainan Arena of Valor
- Android 10 Catat Kadar Penggunaan Paling Pantas Berbanding Sistem Terdahulu
- Google Chrome Untuk Android Kini Menyokong Mod Gelap, Ini Cara Untuk Aktifkannya
- Nokia Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Yang Mempunyai 5 Kamera
- Tetapkan Dekoder myFreeview Atau IDTV Anda Dalam Standby Mode Pada 4 Dan 6 Februari Ini
- Google Memperkenalkan Pixel 3 Dan Pixel 3 XL
- Audi Mungkin Tidak Sengaja Dedahkan Penyelamat Tony Stark