Bagaimana Nokia Akan Membangunkan Rangkaian 4G Di Bulan?

Pada Oktober lalu, Nokia dilaporkan telah menerima dana bernilai $14.1 juta oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan.

Dengan keadaan bentuk muka bulan, anda mungkin tertanya bagaimana Nokia akan membangunkan rangkaian 4G di bulan? Apakah pula peralatan yang akan digunakan oleh Nokia?

Bagaimana rangkaian 4G akan dibangunkan di Bulan?


Untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan, Nokia akan menggunakan Stesen Pangkalan LTE bersama integrasi Evolved Packet Core (EPC). EPC adalah kerangka kerja untuk menyediakan gabungan suara dan data pada rangkaian 4G LTE.

Kapsyen: Contoh Lunar Lander Apollo 11


 

Stesen Pangkalan LTE dan EPC ini akan diintegrasikan kepada bentuk yang sangat kecil dan padat serta akan menggunakan pendarat lunar (lunar lander) daripada Intuitive Machine, bersama sistem antena pasif.

Nokia 4G bulan Kapsyen: Contoh rover atau peninjau di bulan


Bagi LTE User Equipment, ia akan digunakan bersama antena omni-directional dan seterusnya mengintegrasikannya pada rover atau peninjau. Kemudian, peninjau ini akan dibawa ke permukaan bulan dan dikawal secara automatik oleh pendarat lunar. Pautan LTE akan dibuat antara lander dan peninjau untuk menyediakan sambungan ke permukaan bulan.

Dalam erti kata lain, Stesen Pangkalan LTE dengan fungsi EPC akan dipasang pada modul pendaratan, manakala LTE User Equipment yang dipasang pada peninjau atau muatan lain akan digunakan di luar pendaratan.

Penggunaan peninjau ini bertujuan untuk menguji komunikasi jarak dekat hingga beberapa ratus meter. Selain itu, ia juga digunakan untuk menguji komunikasi jarak jauh dengan 2 hingga 3 kilometer dari daratan bulan.

Bahagian terakhir sistem ini adalah perisian operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang dibuat khas untuk memastikan seluruh sistem dapat dipantau dan dikonfigurasi dari pusat kawalan misi di bumi.

Semua peralatan ini perlu direka dalam keadaan yang mampu bertahan dengan tekanan persekitaran seperti kejutan, geratan dan pecutan, terutamanya semasa prosedur pelancaran dan pendaratan dilakukan serta keadaan yang tidak terduga dan sukar di ruang angkasa.

Bagaimana pula teknologi 4G dapat membantu komunikasi di bulan?


Dalam apa juga keadaan sama ada di bumi atau di bulan, kesalinghubungan dan komunikasi adalah sangat penting. Dengan itu, angkasawan juga memerlukan keperluan yang sama seperti di bumi untuk menyokong aktiviti mereka dan menggunakan aplikasi tertentu. Antaranya termasuk komunikasi suara dan video, pertukaran data biometrik dan telemetri, aplikasi penginderaan atau pengendalian robotik.

Nokia 4G bulan

Sebagai tambahan, teknologi 4G/LTE dipilih berikutan ia memberikan prestasi dan skala ekonomi yang sangat baik serta memenuhi keperluan misi awal. Teknologi 4G ini dijangka akan digunakan di bulan pada akhir 2022.

Sumber rujukan: Nokia

Berkaitan