Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amazon

AWS Sasar Labur Lebih RM25 Bilion Di Malaysia Menjelang 2037

Diterbitkan Mac 2, 2023 oleh Amalina Athman

Amazon Web Services (AWS), yang merupakan bahagian pengkomputeran awan Amazon berkata ia merancang untuk melabur sejumlah $6 bilion (~RM26.85 bilion) di Malaysia dalam tempoh 14 tahun akan datang bagi mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan awannya di negara ini.

Ia sekali gus menandakan langkah terbaru syarikat itu dalam rancangannya untuk meluaskan AWS Infrastructure Regions di seluruh Asia Tenggara.

Berkaitan

  • Amazon Sudah Mula Menggunakan Robot Untuk Menguruskan Barang
  • Amazon Ingin Bangunkan Platform Khas Untuk Rancangan Sukan

Dalam satu kenyataan kepada Reuters, AWS berkata hab infrastruktur itu akan membolehkan pelanggan di rantau ini menyimpan data dengan selamat.

Menerusi platform awan AWS, ia menawarkan lebih daripada 200 perkhidmatan, termasuk storan, robotik dan kecerdasan buatan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia dijangka akan menyaksikan peningkatan ketara tranformasi digital, keupayaan digital dalam masyarakat daripada pelaburan AWS itu.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY