Ciri pencantikan wajah pada aplikasi kamera bukanlah perkara yang asing. Sebahagian dari kita menyukainya manakala sebahagian lagi kurang gemar aplikasi kamera “melincinkan” wajah mereka. Pada sistem Android akan datang iaitu Android 11, ciri ini nampaknya bakal disekat oleh Google dan ia dikesan oleh Mishaal Rahman (ketua pengarang XDA-Developers). Menurut Rahman, perubahan pada CameraAPI akan memastikan…
Pengarang: Helmi Samsuri
Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?
Jika Mei tahun lalu, Huawei telah disekat daripada menggunakan Android dan setahun selepas itu, pengeluar berkenaan menerima lagi sekatan yang menghalang mereka dari berurusan dengan syarikat semikonduktor global. Antara yang terkesan dengan peraturan baru tersebut seperti TSMC, WIN Semiconductor serta Samsung Electronic yang membekalkan cip pemproses, cip frekuensi radio serta memori untuk penghasilan telefon pintar…
Rumah Bentuk Kamera, Nama Anak Pun Dari Jenama Kamera
Setiap daripada kita pasti mempunyai minat terhadap sesuatu benda atau perkara dan apabila terlalu mendalam ia boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Ravi Hongal sudah bergelumang dalam dunia fotografi lebih dari 33 tahun dan minatnya itu bukan sahaja merakam foto malah ia turut diabadikan pada nama-nama anak beliau dan pasangan, Kripa Rani. Canon Hongal,…
vivo Patenkan Rekaan Telefon Dengan Papan Kekunci Yang Boleh Diputar
Apabila menyebut tentang papan kekunci yang boleh diputar anda pasti mengimbas kembali kenangan lalu. Belasan tahun lalu, kita sudah melihat ciri tersebut pada peranti Nokia. Baru-baru ini timbul pula paten dari vivo yang memperlihatkan rekaan bahagian bawah boleh diputarkan. Pensijilan paten tersebut telah dibuat pengeluar kepada CNIPA dimana ia diterbitkan pada 17 Julai yang lalu….
ASUS ROG Phone 3 Masuk Malaysia September Depan
Umum mengetahui ASUS sudah menjadualkan 22 Julai 2020 (11 malam waktu Malaysia) sebagai tarikh acara pengenalan ROG Phone 3. Sudah disahkan bakal hadir dengan cip Snapdragon 865+, kini terdapat perkhabaran baru untuk peminat tempatan. Menurut ASUS Malaysia, ROG Phone 3 akan dibawa masuk ke pasaran tempatan secara rasmi sekitar pertengahan bulan September depan. Melalui penawaran…
Harga Vivo X50 Diumumkan, Bermula RM2399 Dan Pra-Tempah Bermula Esok
vivo Malaysia sedia mengacah kedatangan siri terbaharu mereka iaitu X50 untuk pasaran Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Penawaran rasmi akan dimulakan pada esok hari, 21 Julai 2020 dimana hanya menampilkan dua model sahaja iaitu vivo X50 dan vivo X50 Pro sahaja. Model dengan spesifikasi tertinggi iaitu vivo X50 Pro+ nampaknya tidak dibawa masuk untuk…
