Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 11 Tidak Membenarkan Pengubahan Wajah Pada Aplikasi Kamera

Android 11 Tidak Membenarkan Pengubahan Wajah Pada Aplikasi Kamera

Diterbitkan Julai 21, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Ciri pencantikan wajah pada aplikasi kamera bukanlah perkara yang asing. Sebahagian dari kita menyukainya manakala sebahagian lagi kurang gemar aplikasi kamera “melincinkan” wajah mereka.

Pada sistem Android akan datang iaitu Android 11, ciri ini nampaknya bakal disekat oleh Google dan ia dikesan oleh Mishaal Rahman (ketua pengarang XDA-Developers). Menurut Rahman, perubahan pada CameraAPI akan memastikan penampilan wajah tidak diubah seperti geometri muka, tona warna kulit, atau pelicinan wajah.

“For any android.hardware.camera2.CameraDevice or android.hardware.CameraAPI, MUST ensure that the facial appearance is NOT altered including but not limited to altering facial geometry, facial skin tone, or facial skin smoothening.”

Ini sekaligus menjadikan peranti yang mempunyai pensijilan Android tidak boleh membenarkan pemproses imej kamera mengubah wajah individu sebelum atau semasa ia dirakam. Bermakna penyuntingan pada imej boleh dibuat selepas rakaman dibuat.

It seems that Google is banning OEMs from implementing facial tweaking algorithms during image processing. This means all images, by default, won’t have faces tweaked, but can still do it in post. So turning off beauty modes will *actually* turn it off. pic.twitter.com/NEmPK8iFsa

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) July 16, 2020

Perubahan ini pastinya akan merubah pengalaman fotografi pada peranti-peranti yang mengaktifkan mod beauty secara default. Sesetengah telefon pintar menyertakan butang untuk mematikan mod pencantikan wajah, namun walaupun sudah dinyahaktifkan, hasil imej masih kelihatan sama.

Sumber: Mishaal Rahman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY