Menggunakan nama Boot to Gecko(B2G) diawal pelancaran dan kemudian pada Julai 2012 penjenamaan semula telah dibuat oleh Mozilla dengan menamakan ia sebagai Firefox OS. Firefox OS merupakan sebuah sistem operasi sumber terbuka (open source operating system) yang dibangunkan untuk platform telefon pintar, komputer tablet dan juga TV pintar. Sebahagian daripada sistem operasi itu dibina berasaskan…
Pengarang: Helmi Samsuri
Kemaskini Chrome Untuk Android Tampil Dengan Beberapa Penambahbaikan
Kemaskini Google Chrome untuk platform Windows, Mac dan juga PC telah mula dikeluarkan pada minggu lepas dan kini sudah tiba giliran untuk platform Android pula. Kemaskini baru itu mengandungi penambahbaikan terhadap prestasi dan juga beberapa ciri baru pada halaman “New Tab”. Pengumuman tentang kemaskini tersebut dibuat di Blog rasmi Google, dan mereka menyatakan yang kemaskini Chrome…
Samsung Pay Mini | Aplikasi Pembayaran Atas Talian Bagi Semua Telefon Android
Pembayaran mudah alih mula diberi perhatian selepas Apple memperkenalkan Apple Pay pada 2014 diikuti dengan Google yang melancarkan Android Pay pada 2015 dan pada tahun yang sama juga Samsung hadir dengan Samsung Pay. Sudah setahun lebih usia aplikasi Samsung Pay dan yang terkini, Samsung akan memperkenalkan aplikasi yang sama dikenali sebagai Samsung Pay Mini. Dibangunkan…
“Discover People” Dari Facebook Membolehkan Anda Mencari Kenalan Baru
Facebook dilapor telah membangunkan satu ciri baru yang dikenali sebagai Discover People. Ciri yang dibangunkan itu akan berfungsi untuk memudahkan pengguna mencari kenalan baru sesuai dengan nama ciri tersebut. Ciri ini sangat menarik kerana ia bakal menjadikan Facebook sebagai platform utama bagi rangkaian perniagaan, mencari jodoh dan apa-apa jua tujuan yang dirasakan sesuai. Discover People…
Instagram Sedang Menguji Ciri Baru
Walaupun baru beberapa minggu memperkenalkan fungsi Live pada aplikasi Instagram, platform perkongsian gambar popular itu dikhabarkan sedang menguji fungsi baru untuk versi beta. Memetik dari laman Mashable, fungsi yang mungkin diperkenalkan tidak lama lagi itu adalah memuat naik lebih dari satu gambar dalam satu-satu perkongsian. Ia bukan seperti collage, tetapi ia lebih kepada album untuk…
Samsung Bersedia Untuk Bekerjasama Dengan Google Dalam Membangunkan Kecerdasan Buatan
Memetik berita dari Mobilesyrup, Timbalan Presiden Komunikasi Mudah Alih Samsung, Lee Kyeong-tae berkata, Samsung bersedia untuk bekerjasama dengan Google dalam membangunkan kecerdasan buatan. Malah beliau menekankan bahawa kedua-dua syarikat tersebut perlu berganding bahu dalam memastikan kecerdasan buatan mendapat perhatian dalam pasaran arus perdana dunia. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Samsung sedang bersiap sedia untuk melancarkan model Galaxy S8 yang…
