Telefon andalan boleh lipat terbaru HUAWEI, HUAWEI Mate Xs 2, kini tersedia untuk pratempah mulai 3 hingga 23 Jun ini. Dijual pada harga RM7,999, Mate Xs 2 hadir dengan dua varian warna, hitam dan putih. Dengan keupayaan boleh lipat yang digelar Falcon Wing, peranti ini direka dengan paparan True-Chroma Foldable Display seluas 7.8 inci. Apabila dibuka…
Pengarang: Nadiah Ab
Promosi vivo Di Shopee Sehingga 6 Jun, Diskaun Sehingga RM950
Bersempena dengan kempen ‘vivo 6.6 New Opening Sales‘, vivo Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM950 dan 60% diskaun tambahan di Shopee dari 1 hingga 6 Jun 2022. Sepanjang kempen, siri vivo V21 boleh didapatkan pada harga RM979 sahaja dan pelanggan berpeluang untuk menerima hadiah misteri bagi setiap pembelian peranti tersebut pada 6 Jun. Bukan itu…
Ciri Baharu YouTube Music Ini Akan Mudahkan Pemilihan Lagu
Pengguna penstriman muzik, YouTube Music, sebelum ini pernah menyuarakan ketiadaan ciri multi-select yang membolehkan pengguna memilih berbilang lagu dalam satu masa. Berdasarkan laporan dari 9to5Google, beberapa pengguna mendapati bahawa lagu dalam paparan senarai pada aplikasi itu kini menunjukkan kotak pilihan di sebelah kanan lagu. Amnya, YouTube Music akan menunjukkan kotak di bahagian bawah skrin dengan pilihan…
Instagram Lancar ‘AMBER Alerts’, Bantu Kes Penculikan Kanak-Kanak
Instagram baru sahaja melancarkan inisiatif untuk membantu mengesan kanak-kanak yang diculik melalui ciri baharu, ‘AMBER Alerts’. Syarikat itu mendorong AMBER Alerts ke dalam feed Instagram pengguna dengan ciri tersebut untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan ditetapkan untuk tersedia di 25 negara lain dalam beberapa minggu akan datang. Ciri ini dibangunkan hasil kerjasama Instagram dengan organisasi…
Google TV Kini Tersedia Untuk iOS, Namun Belum Berfungsi Sepenuhnya
Setelah dilancarkan pada tahun 2020, aplikasi Google TV kini tersedia untuk dimuat turun pada iOS. Jika anda sudah pun mempunyai perisian Google Play Movies and TV pada telefon anda, aplikasi Google TV akan menggantikannya. Seperti Android, aplikasi Google TV membolehkan anda menggunakan telefon pintar anda sebagai alat kawalan jauh untuk Google TV atau peranti Android TV…
Setelah 14 Tahun Bersama, Ketua Pegawai Operasi Meta Letak Jawatan
Sheryl Sandberg dilaporkan telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai operasi Meta, induk syarikat Facebook. Dalam catatannya di Facebook, Sandberg tidak mendedahkan sebab dia keluar dari syarikat itu, yang akan berkuatkuasa mulai musim luruh ini. Sandberg berkata dia merancang untuk memberi tumpuan kepada kerja kebajikannya setelah bekerja untuk Facebook selama 14 tahun. Bagaimanapun, Sandberg akan terus…
