Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate xs 2

HUAWEI Mate Xs 2 Dibuka Untuk Pratempah, Dua Pilihan Untuk RM7,999

Diterbitkan Jun 3, 2022 oleh Nadiah Ab

Telefon andalan boleh lipat terbaru HUAWEI, HUAWEI Mate Xs 2, kini tersedia untuk pratempah mulai 3 hingga 23 Jun ini.

Dijual pada harga RM7,999, Mate Xs 2 hadir dengan dua varian warna, hitam dan putih.

Dengan keupayaan boleh lipat yang digelar Falcon Wing, peranti ini direka dengan paparan True-Chroma Foldable Display seluas 7.8 inci.

Apabila dibuka atau tidak dilipat, paparan Mate Xs 2 beresolusi 2480 x 2200 pixel dengan sokongan kadar segar semula setinggi 120Hz, serta kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) sehingga 240Hz.

Kedua-dua varian warna HUAWEI Mate Xs 2 kini boleh dipratempah melalui laman web rasmi HUAWEI, gedung HUAWEI Experience, gedung rasmi Shopee HUAWEI, dan gedung rasmi Lazada HUAWEI.

Klik pautan di bawah untuk pratempah:

Shopee – https://invol.co/clb18mp

Lazada – https://invol.co/clb18no

Sumber: Siaran akhbar HUAWEI

Baca juga:

  • Huawei Watch GT 3 Pro Dan Peranti Lain Mula Dijual Di Seluruh Malaysia
  • Google Khabarnya Akan Guna Teknologi Huawei Dalam Android 13
  • Huawei-KVC Bekerjasama Bangunkan Lebih Banyak Pengecas Kereta Elektrik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY