Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amber alerts

Instagram Lancar ‘AMBER Alerts’, Bantu Kes Penculikan Kanak-Kanak

Diterbitkan Jun 2, 2022 oleh Nadiah Ab

Instagram baru sahaja melancarkan inisiatif untuk membantu mengesan kanak-kanak yang diculik melalui ciri baharu, ‘AMBER Alerts’.

Syarikat itu mendorong AMBER Alerts ke dalam feed Instagram pengguna dengan ciri tersebut untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan ditetapkan untuk tersedia di 25 negara lain dalam beberapa minggu akan datang.

Ciri ini dibangunkan hasil kerjasama Instagram dengan organisasi seperti National Center for Missing & Exploited Children (NCMEC) di AS, International Centre for Missing & Exploited Children, National Crime Agency di United Kingdom, Pejabat Peguam Negara di Mexico, Polis Persekutuan Australia, dan banyak lagi.

Dengan ciri ini, jika AMBER Alert diaktifkan oleh pihak berkuasa dan anda berada di kawasan pencarian, makluman akan terpapar pada feed Instagram anda.

Makluman tersebut akan memasukkan butiran penting tentang kanak-kanak yang terbabit seperti foto, penerangan, lokasi penculikan, dan sebarang maklumat lain yang tersedia yang boleh diberikan.

Ciri AMBER Alerts ini akan tersedia sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang di 25 negara iaitu Argentina, Australia, Belgium, Bulgaria, Kanada, Ecuador, Greece, Guatemala, Ireland, Jamaica, Korea, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Romania, Afrika Selatan, Taiwan, Ukraine, UK, Emiriah Arab Bersatu, dan Amerika Syarikat.

Sumber: Instagram

Baca juga:

  • Kemas Kini Terbaru Instagram Bawa Sesuatu Yang Nyata Tapi Mungkin Anda Tidak Perasan
  • Senang Kawal Anak-Anak, Instagram Tawar Ciri Khusus Untuk Ibu Bapa
  • Instagram Kembalikan “Feed” Mengikut Kronologi Melalui Dua Mod Terbaharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY