Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google tv

Google TV Kini Tersedia Untuk iOS, Namun Belum Berfungsi Sepenuhnya

Diterbitkan Jun 2, 2022 oleh Nadiah Ab

Setelah dilancarkan pada tahun 2020, aplikasi Google TV kini tersedia untuk dimuat turun pada iOS.

Jika anda sudah pun mempunyai perisian Google Play Movies and TV pada telefon anda, aplikasi Google TV akan menggantikannya.

Seperti Android, aplikasi Google TV membolehkan anda menggunakan telefon pintar anda sebagai alat kawalan jauh untuk Google TV atau peranti Android TV OS anda, menjadikannya lebih mudah, antara lain, untuk menaip tajuk filem dan rancangan TV yang anda ingin tonton.

Sebelum ini, Google hanya menawarkan bahagian “Movies and TV” daripada gedung Play Store yang tersedia untuk pengguna iOS.

Mulai bulan ini, syarikat itu telah mengalih keluar ‘Play Movies & TV’ dan mengemaskini bahagian itu kepada aplikasi Google TV baharu.

Walau bagaimanapun, setelah saya memuat turun aplikasi ini pada iPhone saya, saya masih tidak mendapat akses untuk membeli filem-filem yang ditawarkan.

Untuk kepastian, saya telah bandingkan aplikasi ini dengan peranti Android, dan tiada masalah yang dihadapi untuk membuat pembelian filem.

Anda boleh lihat tangkap layar yang saya sertakan berikut.

google tv ios
Google TV pada iOS
google tv
Google TV pada Android
google tv ios
Google TV pada iOS
google tv
Google TV pada Android

Mungkin aplikasi ini masih belum boleh berfungsi sepenuhnya dengan peranti iOS buat masa ini.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Google Rusia Bankrap, Rugi Lebih RM400 Juta
  • Google Sedang Menguji Ciri Pengesan Batuk Dan Dengkur
  • Google Semakin Hampir Mencipta AI Yang Ada Kemampuan Seperti Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY