Berdasarkan kepada laporan kajian yang diterbitkan oleh Dell’Oro, Huawei kini merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian peralatan rangkaian dan syarikat itu merupakan pembekal peralatan rangkaian 5G global yang terkemuka di dunia ketika ini. Data daripada kajian yang dijalankan itu menunjukkan, Huawei adalah pembekal rangkaian teras mudah alih global 5G teratas pada 2022 diikuti oleh Ericson, ZTE dan Nokia….
Pengarang: ariff bukhari

JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps – MCMC
Menyambut baik Belanjawan 2023 yang diumumkan baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan bahawa, mereka akan terus komited dalam memperkasakan kesalinghubungan serta mengukuhkan ekosistem digital negara merentasi sektor industri dan rakyat Malaysia yang merangkumi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pelaksanaan 5G. MCMC memaklumkan, JENDELA Fasa 2 (2023-2025) akan memberi tumpuan dalam penyediaan…

Penduduk Pulau Tioman Kini Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi Menerusi Rangkaian Gentian Optik Sejauh 75.2km
Penduduk kampung di dalam Pulau Tioman kini dapat menikmat internet berkelajuan tinggi hasil daripada pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman. Projek berkenaan yang membangunkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek sejauh 75.2km itu telah pun siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dahulu. Pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke…

ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13
ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran model komputer riba terbaru paling berkuasa dalam siri Zenbook Classic iaitu Zenbook 14X OLED (UX3404). ASUS Malaysia menyatakan, Zenbook 14X OLED adalah komputer riba OLED premium pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-13 H-series terkini. Ia juga dilengkapi dengan memori 32 GB RAM serta…

(Ulasan) Lenovo Yoga 9i – Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
Baru-baru ini Lenovo telah pun melancarkan model komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Lenovo Yoga 9i. Pihak Wiser telah diberi kesempatan untuk menguji sendiri komputer riba ini dan ini adalah pendapat penulis tentang Lenovo Yoga 9i. Rekaan Moden dan Berkualiti Lenovo berjaya menghasilkan sebuah komputer riba 2 dalam 1 ini dengan rekaan moden yang…

BAD LAB Dan BOON SIEW HONDA RACING TEAM Jalin Kerjasama Menerusi Sukan Permotoran
Syarikat pengeluar jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia dan terkenal di pasaran dunia, BAD LAB telah mengumumkan penglibatan mereka dalam sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. Kerjasama ini merupakan sebahagian dari inisiatif misi BAD LAB menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat…