Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bahan Bakar Tinggal Kurang 1 Bulan Saja Lagi, 2 Angkasawan Kini Terdesak Pulang Ke Bumi

Angkasawan Boeing Starliner Kini Berada Di Angkasa Lepas Lebih Daripada 60 Hari

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh ariff bukhari

Butch Wilmore dan Suni Williams — 2 angkasawan veteran NASA yang memandu penerbangan ujian pertama kapal angkasa Boeing Starliner kini telah berada di angkasa lepas selama 63 hari, kira-kira tujuh minggu lebih lama daripada yang dijangkakan pada awalnya.

Malah tarikh kepulangan mereka ke Bumi juga masih tidak jelas di mana NASA kini menjelaskan bahawa angkasawan itu mungkin tidak pulang dengan Starliner sama sekali.

Bahan Bakar Tinggal Kurang 1 Bulan Saja Lagi, 2 Angkasawan Kini Terdesak Pulang Ke Bumi
“Butch” Wilmore ialah seorang angkasawan NASA dan juruterbang ujian Tentera Laut A.S. yang bertindak sebagai komander Starliner.
Bahan Bakar Tinggal Kurang 1 Bulan Saja Lagi, 2 Angkasawan Kini Terdesak Pulang Ke Bumi
Sunita Williams, 58, merupakan seorang veteren angkasawan NASA dan pegawai Tentera Laut A.S yang berasal dari India.

Langkah untuk membawa pulang 2 angkasawan itu menggunakan roket SpaceX pula berpotensi memanjangkan lagi tempoh keberadaan angkasawan itu di Stesen Angkasa Antarabangsa selama 6 bulan lagi, yang mungkin melanjutkan kepulangan mereka sehingga 2025.

2 Angkasawan itu yang terpaksa berlindung di Stesen Angkasa Antarabangsa selepas Boeing Starliner yang diuji mereka yang telah dilancarkan pada 5 Jun 2024 lalu mengalami isu kebocoran gas helium dalam pendorong sistem kapal angkasa itu.

Sekali gus menjejaskan integriti operasinya untuk membawa pulang angkasawan tersebut kembali ke Bumi.

{suggest}

Sumber: CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY