TM memaklumkan, mereka akan menamatkan perkhidmatan Prabayar TM, iTalk, TM Home Prepaid (TMHP) & Prepaid Access Line (PAL) mulai 15 April 2024 akan datang. Jika anda pengguna perkhidmatan itu,, tambah nilai dan pengaktifan kad baharu tidak lagi tersedia bermula 15 Januari 2024 lalu. Ekoran penamatan perkhidmatan prabayar itu, TM menawarkan penyelesaian alternatif untuk anda seperti…
Pengarang: ariff bukhari
Rapid KL Naikkan Harga Pas MyCity 1 Hari, Pas MyCity Bukan Warganegara Diperkenalkan Semula
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, harga perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL Pas MyCity 1 hari diselaraskan bermula 8 Mac 2024. Pelarasan itu menyaksikan harga bagi Rapid KL Pas MyCity 1 hari mengalami kenaikan harga sebanyak RM1, menjadikannya kini ia berharga RM6. Pas perjalanan tersebut membolehkan pengguna pengangkutan awam untuk ke mana-mana lokasi di Lembah Klang…
Pencipta Manga Mutiara Naga, Akira Toriyama Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun
Berita sedih buat dunia manga dan anime, pelukis dan pencipta karakter Goku dan watak-watak lain dalam manga Mutiara Naga (Dragon Ball), Akira Toriyama dikhabarkan sudah meninggal dunia pada usia 68 tahun, 1 Mac 2024 lalu. “Kami amat berdukacita untuk memaklumkan anda bahawa pencipta Manga Akira Toriyama telah meninggal dunia pada 1 Mac disebabkan hematoma subdural…
4 Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra Dihantar Ke Angkasa Untuk Merakam Foto Bumi
Samsung telah menghantar sebanyak 4 telefon pintar Galaxy S24 Ultra ke angkasa dengan menggunakan belon stratosfera. Ia bertujuan bagi merakam imej-imej menakjubkan dari atas di bahagian barat Amerika Syarikat. Samsung ketika bercakap kepada laman PetaPixel memberitahu, 4 telefon pintar itu diikatkan pada batang gentian karbon ringan yang berpusat di sekitar teras komputer penerbangan. Kemudian ia diterbangkan…
Microsoft Umum Acara Khas Pada 21 Mac 2024, Surface Baharu Dijangka Dilancar
Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara khas yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 Mac 2024 nanti. Microsoft juga memberi bayangan bahawa mereka akan melancarkan model terbaru peranti Surface dan memfokuskan AI Copilot mereka yang dijangka akan menerima kemas kini besar pada acara tersebut. Pengumuman acara ini dibuat tidak lama selepas khabar angin…
Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
Nikon Corporation (Nikon) mengumumkan memperoleh 100% kepentingan ke atas syarikat pengeluar kamera filem terkemuka dari AS, RED.com, LLC (RED) di mana RED akan menjadi anak syarikat milik penuh Nikon. RED bukanlah satu jenama asing dalam dunia perfileman. Sejak penubuhannya pada tahun 2005 oleh jutawan James Jannard, RED telah berada di barisan hadapan dalam kamera pawagam…
