Google sedang mengusahakan untuk memudahkan pengguna berkomunikasi semasa memandu kenderaan mereka dengan Android Auto yang dikuasakan AI. Google menyatakan, Android Auto akan secara automatik meringkaskan teks panjang atau sembang kumpulan yang sibuk semasa anda memandu, supaya anda boleh terus berhubung sambil kekal fokus di jalan raya. Android Auto juga akan mencadangkan respon dan tindakan yang…
Pengarang: ariff bukhari
EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron
Pengeluar EV terbesar dunia, BYD telah menayangkan EV konsep terbaru mereka yang dilengkapi dron. BYD bekerjasama dengan syarikat teknologi DJI, bagi membangunkan UAS (Sistem Pesawat Tanpa Pemandu) yang dipasang pada kenderaan. Disepadukan pada ruang dron, ia menampilkan storan pintar, pertukaran bateri dan sistem pengurusan pengecasan terbina. Menerusi SUV elektrik mewah mereka, YangWang U8, EV itu…
RedMagic 9 Pro Edisi Tahun Naga Akan Dilancar, Mungkin Ada Varian Baharu
RedMagic baru sahaja mendedahkan rancangannya untuk melancarkan telefon pintar edisi khas tidak lama lagi di pasaran China yang dikenali ‘RedMagic 9 Pro Tahun Naga Edisi Terhad.’ Walaupun butiran lanjut masih agak misteri, syarikat itu memberi bayangan “konfigurasi baharu dan warna baharu” untuk keluaran model eksklusif ini. RedMagic 9 Pro Tahun Naga Edisi Terhad ini mendapat…
TM Menang Anugerah Rangkaian Komunikasi Di Putra Brand Awards 2023
Komitmen TM terhadap kualiti, kepuasan pelanggan, dan kemajuan teknologi membuahkan hasil apabila syarikat penyedia perkhidmatan telekomunkasi itu memenangi Anugerah Platinum dalam kategori Communication Networks di Putra Brand Awards 2023. “Anugerah ini adalah cerminan jelas terhadap komitmen kami untuk merealisasikan janji ‘Masa Depan Anda Kini’ dan menjadi tonggak penting perjalanan strategik syarikat untuk menjadi kuasa besar …
Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula
Sebelum ini, Kerajaan telah menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Kerajaan akan meneliti semula sasaran itu. Itu apa yang dikatakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini. Beliau berkata, sasaran itu sebagai…
Hanya RM1 Sahaja Untuk Anda Miliki RydeEV Dengan Langgan Pascabayar CelcomDigi
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini menawarkan peluang untuk para pelanggannya memiliki kenderaan elektrik menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi. Tawaran ini adalah hasil kerjasama CelcomDigi dengan Yinson GreenTech. Menerusi kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan Yinson GreenTech, pelanggan CelcomDigi boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360….
