Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: ariff bukhari

Pengguna Gmail Di Android Kini Boleh Boleh Balas E-mel Lebih Mudah

Google mengumumkan ciri baharu khusus untuk pengguna Gmail di peranti Android di mana anda kini boleh membalas e-mel dengan lebih pantas terus dari aplikasi tersebut. Sebelum ini, hanya terdapat pilihan untuk Reply, Reply all atau Forward semula mesej sahaja apabila dalam paparan perbualan e-mel pada aplikasi Gmail anda. Apabila memilih salah satu daripada pilihan tersebut,…

Sebilangan Pemilik Dakwa Kamera Pixel 9 Pro XL Mereka Senget

Baru sahaja dilancarkan pada pertengahan Ogos yang lalu, kini terdapat laporan daripada sebilangan pemilik telefon pintar terbaru Google Pixel 9 Pro XL dengan mendakwa telefon mereka mengalami masalah kamera yang senget. Menurut pengguna di Reddit, mereka melihat “kecondongan yang mengganggu” semasa merakam video menggunakan peranti itu. Pengguna mendakwa bahawa mereka menemui masalah itu apabila cuba…

Maxis Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Tawar GPU Sebagai Perkhidmatan Kepada Pelanggan Malaysia

Maxis mengumumkan akan menawarkan unit pemprosesan grafik-sebagai-perkhidmatan (GPUaaS) berasaskan awan kepada pelanggan di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada portfolio perkhidmatan terurus dan awan Maxis Business, GPUaaS memberikan perniagaan akses mudah kepada unit pemprosesan grafik (GPU) yang berkuasa pada kos efektif untuk pelanggan mengguna pakai keupayaan berprestasi tinggi dengan cepat untuk beban kerja pemprosesan intensif seperti AI,…

HONOR Magic V3 Cipta Rekod Baru, Berdiri Teguh Atas Puncak Rumah Kad Permainan Tertinggi Di Dunia

HONOR Magic V3 telah mencatatkan namanya ke dalam buku Rekod Dunia Guinness selepas berjaya berdiri teguh di atas susunan rumah kad permainan tertinggi di dunia. Cabaran itu dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg, pemegang Rekod Dunia Guinness untuk menyusun kad permainan. Berg telah berjaya membina rumah kad permainan setinggi 54 tingkat semasa penstriman langsung di…

Komputer Apple Macintosh Nanti Mungkin Akan Tersedia Dengan RAM Minimum 16GB

Sehingga kini, barisan komputer Macintosh meliputi komputer meja iMac, Mac mini serta komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro ditawar dengan RAM permulaan 8GB. Tetapi, mungkin sudah tiba masanya Apple bersedia untuk menyediakan barisan komputer Macintosh mereka dengan kapasiti minimum RAM 16GB. Ini berdasarkan ura-ura oleh Mark Gurman dari Bloomberg yang mendakwa barisan model Mac…

Teknologi Li-Fi Akan 100 Kali Lebih Pantas Dari Wi-Fi, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Wi-Fi adalah teknologi rangkaian yang menggunakan gelombang radio untuk membolehkan pemindahan data berkelajuan tinggi dalam jarak dekat. Teknologi Wi-Fi berpunca daripada peraturan 1985 oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan A.S. yang mengeluarkan jalur spektrum radio pada 900 megahertz (MHz), 2.4 gigahertz (GHz) dan 5.8 GHz untuk kegunaan tanpa lesen oleh sesiapa sahaja. Firma teknologi mula membina rangkaian…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 338
  • 339
  • 340
  • 341
  • 342
  • 343
  • 344
  • …
  • 1,282
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress