Tahun 2020 menyaksikan rekod baharu dimana pendapatan aplikasi mudah alih meningkat sebanyak 30.2% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Menurut laporan daripada Sensor Tower, Apple memperoleh pendapatan sebanyak AS$72.3 bilion sementara Google Play pula AS$38.6 bilion. App Store turut dilihat menjana 87.3% lebih banyak pendapatan berbanding Play Store. Secara keseluruhan, TikTok merupakan aplikasi yang paling banyak…
Pengarang: Amsyar Latif
Pelabur Cryptocurrency Tidak Boleh Terlepas Untuk Bayar Cukai
Umum mengetahui bahawa kini sudah ramai yang sudah mula melabur dalam mata wang digital atau cryptocurrency atas faktor ia lebih menguntungkan. Namun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui The Malaysian Reserve menyatakan bahawa setiap individu yang memperdagangkan aset mereka di Bursa Aset Digital (DAX) diminta untuk mengistiharkan keuntungan mereka kepada LHDN menerusi pernyataan cukai pendapatan tahunan mereka. Walau…
Samsung Galaxy M02s Akan Dilancar 7 Januari – Skrin Dan Bateri Lebih Besar
Siri Galaxy M adalah peranti mampu milik daripada Samsung dan mereka akan melancarkan Galaxy M02s pada 7 Januari ini dengan skrin serta bateri yang lebih besar. Menerusi penawaran kali ini, Galaxy M02s akan hadir dengan skrin 6.5 inci, paparan infiniti-V serta beresolusi HD+. Samsung menjanjikan prestasi yang baik dengan menggunakan cip pemproses Snapdragon yang mungkin…
Tiada Slot Kad MikroSD Untuk Samsung Galaxy S21 Dan S21+
Terdapat laporan sebelum ini mengatakan siri Samsung Galaxy S21 dan S21+ tidak akan hadir dengan slot kad mikroSD. Kini, sumber terbaru mengesahkan perkara tersebut. Menurut sumber, hanya Galaxy S21 Ultra yang akan mempunyai slot mikroSD terutama buat pasaran Eropah dan mungkin juga bagi pasaran lain. Ini bermakna, selain model ultra, ia hanya menggunakan storan dalaman…
Hanya OnePlus 9 Pro Terima Pengecasan Tanpa Wayar 45W
Sebelum ini, OnePlus 8 Pro adalah peranti OnePlus pertama menerima sokongan pengecasan tanpa wayar iaitu 30W. Terbaru, Max Jambor mengatakan siri OnePlus 9 akan menyokongnya sehingga 45W. Namun, pengecasan tanpa wayar sehingga 45W itu hanya terdapat pada OnePlus 9 Pro termasuk tanpa wayar berbalik. Walaupun begitu, siri OnePlus 9 yang lain tetap hadir dengan pengecasan…
OPPO Find X3 Pecah Rekod Skor AnTuTu Tertinggi
OPPO dijangka akan melancarkan peranti andalan baharu mereka iaitu OPPO Find X3 pada suku pertama tahun ini. Terbaru, peranti ini sudah tertiris di platform ukur aras AnTuTu dimana ia memecahkan rekod skor tertinggi setakat ini. Berdasarkan senarai daripada AnTuTu, OPPO Find X3 dengan nombor model OPPO PEEM00 menerima skor sebanyak 771,491 di AnTuTu yang mana…
