Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jeff bezos

Jeff Bezos Letak Jawatan Hujung Tahun Ini – Amazon Akan Terima CEO Baharu

Diterbitkan Februari 3, 2021 · Dikemas kini Februari 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Jeff Bezos yang merupakan antara individu terkaya di dunia dan juga pengasas Amazon telah membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada penghujung tahun ini.

Beliau kemudian akan digantikan dengan Andy Jassey iaitu CEO Amazon Web Service – perniagaan storan awan Amazon.

Tambahan lagi, Andy Jassey akan mengambil alih Amazon pada sekitar suku ketiga tahun ini dan menjadi CEO sepenuhnya pada penghujung 2021.

Jeff Bezos Letak Jawatan Hujung Tahun Ini – Amazon Akan Terima CEO Baharu

Jeff Bezos yang sudah lama bersama Amazon sejak pertama kali diasaskan pada tahun 1994 akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon.

Dengan ini, beliau akan lebih menumpukan kepada produk dan inisiatif serta projek lain termasuk The Washington Post dan penerokaan angkasa lepas, Blue Origin.

Mengimbas kembali, Amazon yang dahulunya hanya syarikat kecil dengan penjualan buku dalam talian dan kini menjadi peneraju utama dalam laman e-dagang di dunia.

Sumber: Amazon via the verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY