Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Live HDR

YouTube Bakal Hadir Dengan Clips – Perkongsian Video Pendek Hingga 60 Saat

Diterbitkan Februari 3, 2021 · Dikemas kini Februari 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika sebelum ini YouTube akan hadir dengan Shorts yang mirip dengan TikTok, kini mereka bakal memperkukuhkan lagi platform video pendek ini dengan memperkenalkan Clips.

Menerusi Clips, ia akan membenarkan pencipta kandungan atau pengguna untuk berkongsi atau menyimpan video pendek antara 5 saat hingga 60 saat daripada video dan penstriman secara langsung. Ciri ini sangat mirip seperti yang ada pada Twitch.

Buat masa sekarang ia hanya terhad buat beberapa pencipta kandungan sahaja dan ia boleh diakses melalui aplikasi YouTube di Android atau pelayar di komputer.

Clips yang telah dibuat pula, boleh dikongsikan pada mana-mana media sosial dengan URL. Secara asasnya, Clips ini memberikan pengguna untuk berkongsi sorotan atau detik-detik menarik daripada video.

YT CLIPS

YouTube mengatakan ciri ini sudah lama diinginkan pengguna dan menerusi percubaan yang dilakukan, mereka akan menerima maklum balas daripada pengguna dan akan mengumumkan ketersediaan ciri ini kepada umum.

Penggunaannya sangat mudah, ia hanya perlu klik ikon clips dan kotak create clip akan muncul. Kemudian, boleh pilih sorotan apa yang ingin dilakukan. Selepas itu, masukkan tajuk dan kongsikannya.

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh berbuat demikian menerusi video di bawah. Namun, seperti yang dinyatakan, hanya di komputer atau aplikasi YouTube Android sahaja dan iOS akan menerima fungsi ini tidak lama lagi.

Sumber: Google via xda-develepors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY