Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (354)

Miliki Siri OPPO Reno5 Serendah RM1 Melalui Pelan Syarikat Telco

Diterbitkan Februari 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri OPPO Reno5 telah dilancarkan buat pasaran tempatan pada Januari yang lalu dengan harga bermula RM1899. Bersempena ini juga, OPPO turut bekerjasama dengan empat syarikat telco di Malaysia dalam menawarkan peranti ini kepada pengguna.

reno5 maxis

Menerusi tawaran daripada Maxis, anda boleh miliki peranti ini serendah RM1 melalui pelan pascabayar Maxis 128 dengan data 60GB sebulan serta SMS dan panggilan tanpa had.

reno5 celcom

Selain itu, Celcom turut menawarkan siri OPPO Reno5 pada harga hanya RM53 dengan pelan bulanan RM188. Dengan pelan ini, anda akan menerima data internet sehingga 120GB sebulan.

reno5 digi

Sekiranya anda lebih menyukai Digi, OPPO Reno5 5G boleh dimiliki pada harga RM38 dan OPPO Reno5 Pro 5G pada harga RM68 dengan pelan pascabayar Digi 120 dimana anda akan nikmati data internet 120GB serta 3GB data rollover.

reno5 umobile

Tidak ketinggalan, U Mobile juga hadir dengan pemilikan peranti ini serendah RM299 tanpa wang pendahuluan melalui pelan U Mobile Unlimited HERO P139. Selain data tanpa had, anda juga menerima data hotspot 100GB serta penstriman video HD tanpa had.

reno5 200%

Dalam pada itu, OPPO mendakwa bahawa mereka memecahkan rekod jualan siri OPPO Reno5 sebanyak 200% sejak jualan pertama pada 27 Januari yang lalu.

Tambahan lagi, jualan peranti ini juga lebih baik berbanding model terdahulu iaitu OPPO Reno4 dimana peranti 5G ini boleh dimiliki pada harga hanya sekitar RM2000 melalui syarikat telco dan pengedar yang sah – Senheng dan DirectD.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY