Google pernah menampilkan ciri yang mampu menyelamatkan nyawa seseorang dipanggil Car Crash Detection atau mengesan kemalangan melalui aplikasi Personal Safety pada peranti Pixel 3 sehinggalah Pixel 6. Secara asasnya, peranti Pixel akan mula bergetar (vibrate), mengaktifkan penggera pada bunyi yang maksimum dan bertanya pada anda jika memerlukan bantuan. Sekiranya dalam tempoh 60 saat tiada jawapan,…
Pengarang: Amsyar Latif
Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI
Lupakan komunikasi dengan makhluk asing atau angkasa, sekumpulan saintis kini sedang melancarkan sebuah projek yang diberi nama Project CETI dimana hanya dengan satu tujuan untuk membuat penyahkodan dan berkomunikasi bersama ikan paus Sperma atau Sperm Whales. Project CETI (Cetacean Translation Initiative) bakal menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu untuk memahami bahasa yang digunakan ikan paus tersebut….
Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia
Tahun ini, Xiaomi dilihat begitu agresif dalam mengejar untuk menjadi jenama nombor satu dunia. Tidak cukup dengan telefon pintar, mereka juga membuatkan pasaran tablet Android hidup kembali. Maka, tidak hairanlah mereka berjaya mendominasi pasaran Eropah buat pertama kali walaupun seketika dan memintas Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia seperti yang dilaporkan Julai lalu….
Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple
April lalu, Apple hadir dengan ciri menghalang penjejakan iklan atau App Tracking Transparency (ATT) menerusi kemas kini iOS 14.5. Walaupun Apple dilihat umpama wira dalam menjaga privasi pengguna mereka, tetapi polisi tersebut menjejaskan syarikat-syarikat media sosial yang lain. Menurut Financial Times, syarikat seperti Snapchat, Facebook, Twitter dan YouTube mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar USD9.85 bilion (~RM40…
Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022
Dalam pembentangan Bajet 2022, pelajar universiti tidak ketinggalan menerima bantuan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan inisiatif tersebut. Melalui kenyataan yang dikongsikan, tempoh mendaftar pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula pada suku kedua tahun 2022. Pakej ini melibatkan penyedia perkhidmatan…
Dalam Diam, Model iMac Ini Dihentikan – Cip Intel Akan Hilang Tempat Dalam Apple
Apple secara rasminya membawa masuk pengguna cip pemproses M1 dalam komputer iMac 24 inci pada April lalu. Kini, mereka dalam diam telah menghentikan pengeluaran model iMac 21.5 inci. Semasa acara Apple baru-baru ini, model tersebut masih lagi dilihat. Namun, ia kini telah tidak disenaraikan lagi dalam laman rasmi Apple. Buat pengetahuan, iMac sebelum ini tampil…
