Tahun lalu, NordPass mendedahkan kata laluan yang masih ramai gunakan. Terbaru, mereka kini berkongsikan senarai 200 kata laluan yang kerap digunakan pada tahun 2021.
Berdasarkannya, terdapat lagi golongan yang masih malas untuk mencipta kata laluan. Ini kerana kata laluan ‘123456’ tetap menjadi “pilihan” pengguna.
Jika tahun 2020 kata laluan tersebut digunakan seramai 2,543,285, ‘123456’ tahun 2021 kini meningkat sehingga 103,170,552 secara global.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NordPass, pengurusan kata laluan dalam kalangan pengguna masih lagi lemah. 43 negara daripada 50 buah negara, cukup gemar menjadikan ‘123456’ sebagai kata laluan.
Apa-apa pun, berikut adalah 10 kata laluan yang ramai guna pada tahun 2021:
- 123456
- 123456789
- 12345
- qwerty
- password
- 12345678
- 111111
- 123123
- 1234567890
- 1234567
Melihat senarai tersebut, adakah anda dalam kalangan pengguna yang menggunakan kata laluan seperti itu?
Sekiranya anda mahu mencipta kata laluan yang baik, boleh cuba untuk menggabungkan abjad, nombor serta simbol agar ia lebih kuat. Satu lagi cara lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan pengurusan kata laluan seperti LastPass, Bitwarden dan sebagainya. Klik pautan INI untuk mengetahuinya.
Sumber: financial express
Baca juga:
-
9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook
-
Ciri Baru Chrome Akan Mencadangkan Tukar Kata Laluan Yang digodam Kepada Yang Baru