Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia Super App

AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang

Diterbitkan November 19, 2021 oleh Amsyar Latif

AirAsia semalam telah pun melancarkan FACES bagi airasia Super App, iaitu sebuah teknologi pengecaman wajah pertama di rantau ini. Dengan hanya pengecaman wajah, pelanggan dapat melakukan pesanan, tempahan, pengesahan dan membayar bagi kesemua tawaran yang ada di aplikasi tersebut.

Melaluinya, ia akan memudahkan proses penerbangan dari awal, di dalam kapal terbang sehinggalah tiba di lapangan terbang untuk mengambil bagasi.

Selain itu, airasia Super App turut akan membenarkan pengguna mengakses tawaran gaya hidup dalam ekosistem AirAsia tidak lama lagi.

AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang
AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang
AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang
AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang

FACES akan dilaksanakan di kesemua lapangan terbang di Malaysia dalam tempoh 12 bulan dan akan diperluaskan lagi ke Thailand, Indonesia, Filipina serta rangkaiannya di negara tertentu.

Buat masa sekarang, FACES sudah pun tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan teknologi ini akan dinaiktaraf bagi beberapa perkhidmatan lain termasuk pemeriksaan keselamatan, pendaftaran masuk dan banyak lagi.

Bagi yang belum mempunyai aplikasi airasia Super App, anda boleh memuat turunnya di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Untuk pengguna yang mahu mengaktifkan FACES, boleh tekan pautan INI.

Sumber: AirAsia

Baca juga:

  • Cip 4nm Dimensity 9000 Diumum, Cip MediaTek Yang Paling ‘Power’

  • Peranti Baharu Xiaomi Sudah Terima Kelulusan TENAA, Mungkin Xiaomi 12 ‘Mini’

  • Fungsi SharePlay Dalam iOS 15.1 Kini Sokong Aplikasi Ini

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY