Huawei hari ini membawa masuk dua jam tangan pintar terbaru mereka menerusi Watch GT 3 dan Watch GT Runner. Menariknya, masing-masing menjalankan sistem operasi HarmonyOS.
Watch GT 3 menerima naik taraf bagi pemantauan kecergasan dengan menawarkan lebih daripada 100 mod senaman untuk dipilih. Selain itu, ia turut dilengkapi Periodic Training Plan dan Intelligent Dynamic Adjustment Plan.
Fungsinya adalah untuk merakam, menganalisis dan melaras dengan pintar bagi senaman mengikut si pemakai.
Jam tangan pintar ini juga hadir dengan pemantauan degupan jantung lebih baik, SpO2 dan boleh memantau kesihatan pemakai seperti mengingatkan tentang senaman atau tidur.
Terdapat dua pilihan saiz – 46mm dan 42mm. Saiz lebih besar baterinya didakwa mampu bertahan sehingga 14 hari. Sementara 42mm pula sehingga 7 hari.
Bergerak pula kepada Watch GT Runner, jam tangan pintar ini ibarat jurulatih kerana memiliki Huawei TruSport dan Running Ability Index (RAI).
Ia adalah untuk mengukur secara tepat prestasi pemakai termasuk teknik berlari yang mana berasaskan degupan jantung, jarak dan data lain agar boleh memaparkan maklum balas kepada pengguna.
Dalam pada itu, Huawei juga melancarkan ‘lipstick’. Namun, bukanlah alat kosemetik. Sebaliknya, ia merupakan fon telinga wayarles FreeBuds Lipstick.
Sesuai dengan namanya, bekas simpanan fon telinga tersebut ibarat ‘lipstick’ dan warnanya juga merah.
Dengan nilai yang estetika itu, FreeBuds Lipstick dilengkapi Adaptive Ear Matching (AEM), pembatalan hingar aktif (ANC) 2.0 dan boleh bertahan sehingga 14 jam dalam main balik muzik.
Huawei Watch GT 3 dan FreeBuds Lipstick sudah boleh mula di pra-tempah bermula hari ini hingga 3 Disember menerusi Huawei Store Online, Shopee dan Lazada. Sementara Watch GT Runner pula hingga 12 Disember.
Oleh itu, ini adalah senarai penuh harga jualan rasmi buat pasaran tempatan:
- Watch GT 3 Black Strap 46mm – RM999
- Watch GT 3 Leather Strap 46mm – RM1099
- Watch GT 3 Black Strap 42mm – RM999
- Watch GT 3 Leather Strap 42mm – RM1099
- Watch GT Runner – RM1399
- FreeBuds Lipstick – RM999
Sumber: Siaran Akhbar Huawei
Baca juga:
-
Amerika Syarikat Ketatkan Lagi Undang-Undang Keatas Huawei Dan ZTE
-
Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China
-
AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang