Pada masa kini, kebanyakan pengguna tidak memandang spesifikasi atau ciri AI semata-mata pada telefon pintar baharu. Mereka akan melihat kepada servis selepas jualan dan juga sokongan kemas kini. Untuk telefon Android, jenama yang menawarkan kemas kini paling lama ialah Google dan Samsung. Kemudian, makin banyak yang mengikut jejak langkah tersebut seperti HONOR dan tidak dilupakan…
Pengarang: Amsyar Latif
HONOR Mungkin ‘Skip’ Telefon Lipat Magic V4
Tahun lalu, HONOR memperkenalkan telefon lipat paling nipis di dunia, iaitu Magic V3. Namun, takhta tersebut dirampas OPPO menerusi segmen sama, telefon lipat Find N5. Mungkin ramai yang jangka HONOR bakal melakukan “serangan balas” dengan melancarkan penggantinya nanti, Magic V4 tetapi dikhabarkan peranti itu tidak akan diperkenalkan. Walau bagaimanapun, bukanlah tiada langsung penggantinya. Ini kerana…
Samsung Galaxy S25 Edge Mungkin Dilancar Mei Depan
Terdapat tiga model dalam siri Samsung Galaxy S25 buat masa sekarang dan ia bakal menerima ahli keluarga baharu, iaitu Galaxy S25 Edge. Sebelum ini, dikhabarkan ia akan dilancarkan April 2025 tetapi ditunda ke tarikh yang tidak diketahui lagi. Walau bagaimanapun, laporan terbaru daripada individu yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan maklumat, Max Jambor melalui Sammobile,…
AI Boleh Tiru Ghibli, Tapi Tak Boleh Jadi Miyazaki – Anak Pengasas Studio Legenda
Sejak OpenAI melancarkan penjana imej GPT-4o, semakin ramai pengguna mencipta gambar dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Antara trend paling popular yang menarik perhatian ialah menukar gambar kepada gaya anime Studio Ghibli. Di Malaysia sendiri, ramai pengguna media sosial turut serta dalam trend ini, malah gambar suasana hari raya pun diubah kepada gaya filem seperti Spirited…
Bukan Sekadar Mario Kart—Switch 2 Bawa Cyberpunk 2077 & Banyak Permainan Menarik
Nintendo secara rasmi melancarkan Switch 2 malam tadi waktu tempatan di mana beberapa naik taraf yang hadir pada konsol baharu tersebut. Mungkin ada yang rasa konsol ini tidak berbaloi kerana judul permainan yang ditawarkan kurang menarik. Sehinggakan ada yang mengatakan “game budak-budak”. Namun, golongan tersebut mungkin perlu tarik balik kata-kata itu. Ini kerana, bersama dengan…
Nintendo Tunjuk Cara Sebenar Banteras ‘Scalper’
Nintendo Switch 2 telah pun rasmi, dan seperti yang dijangka, konsol baharu ini bakal menjadi rebutan ramai apabila ia mula dijual pada 5 Jun 2025. Untuk memastikan peminat sejati Nintendo mendapat peluang memiliki konsol ini tanpa gangguan scalper, Nintendo telah mengenakan syarat-syarat ketat bagi proses prapesan melalui laman rasmi mereka, My Nintendo Store. Langkah ini…
