Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mimo

MiMo: Model AI Kecil Dari Xiaomi Tapi Setanding OpenAI

Diterbitkan April 30, 2025 ยท Dikemas kini April 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi secara rasmi melancarkan model kecerdasan buatan (AI) pertamanya yang dinamakan MiMo, sebuah model bahasa raya (LLM) dengan 7 bilion parameter yang direka khusus untuk tugas penaakulan matematik dan penjanaan kod.

MiMo dibangunkan oleh Xiaomi Big Model Core Team, dan walaupun saiznya lebih kecil, ia berjaya menyamai prestasi model lebih besar seperti OpenAI o1-mini dan Alibaba Qwen-32B.

Antara kelebihan MiMo adalah proses pra-latihan yang khusus, melibatkan data sebanyak 25 trilion token melalui tiga fasa berperingkat, dengan fokus khusus pada pola penaakulan.

Xiaomi turut memperkenalkan sistem Pembelajaran Pengukuhan (RL) dalam fasa selepas latihan, menggunakan 130,000 soalan matematik dan pengekodan untuk memperkuat kebolehannya.

MiMo ditawarkan dalam empat variasi:

  • MiMo-7B-Base: Model asas dengan potensi penaakulan tinggi.
  • MiMo-7B-RL-Zero: Dilatih secara RL terus daripada model asas.
  • MiMo-7B-SFT: Model melalui penalaan halus (fine-tuning).
  • MiMo-7B-RL: Model RL daripada SFT dengan prestasi tertinggi setanding OpenAI o1-mini.

Prestasi MiMo amat baik dalam ujian piawai seperti:

  • Matematik (MATH-500): 95.8% lulus.
  • Kod (LiveCodeBench v5): 57.8% lulus.
  • Ujian umum (GPQA Diamond): 54.4% lulus.

Xiaomi menawarkan MiMo secara sumber terbuka melalui Hugging Face dan GitHub, membolehkan komuniti teknologi global menggunakannya untuk pelbagai aplikasi, termasuk peranti dengan sumber terhad.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • BYD Perkenal Motor Elektrik Berprestasi Tinggi, Lebih Laju Dari Tesla Dan Xiaomi
  • Senarai Telefon Xiaomi Yang Sokong Kemas Kini 6 Tahun
  • 7 Telefon Pintar Popular Xiaomi Ini Tidak Lagi Terima Kemas Kini

Sumber: fonearena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY