Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tg2 pellet

Malaysia Tengah Uji Teknologi Tukar Sisa Sawit Jadi Ganti Arang Batu

Diterbitkan April 30, 2025 · Dikemas kini April 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia kini giat meneroka penggunaan sisa sawit sebagai pengganti arang batu dalam penjanaan tenaga, menerusi inovasi pelet hitam TG2.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyeru pemain industri sawit supaya menyokong teknologi ini yang dibangunkan oleh Wilhelmina Malaysia Energy, sebuah syarikat tenaga boleh baharu berpangkalan di Belanda.

Teknologi ini menukar tandan buah kosong (EFB) kepada bahan api bersih dalam bentuk pelet yang boleh digunakan terus dalam sistem pembakaran loji janakuasa tanpa sebarang pengubahsuaian.

Loji biojisim seluas 9.3 hektar di Gebeng kini mampu menghasilkan 80,000 tan pelet TG2 setahun, dengan ciri tahan kelembapan, boleh diangkut, dan mesra alam.

Johari menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah penting ke arah ekonomi kitaran, menambah nilai kepada industri sawit sambil mengurangkan pelepasan karbon.

Malah, Jepun kini menunjukkan minat tinggi untuk membeli pelet ini, dan produk tersebut turut layak menerima subsidi hijau daripada METI Jepun.

Beliau menggalakkan kilang sawit mempertimbangkan sumbangan 10–20% output EFB untuk membina rantaian bekalan mampan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pengeksport global bahan api bio berasaskan sawit.

Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dalam sektor tenaga dan beralih ke arah sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih lestari.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi, Internet Kini Wajib Dimiliki
  • Malaysia Dilapor Bersedia Jadi “Bank Karbon” Bawah Tanah Untuk Jepun
  • Jemaah Malaysia Kini Ada ‘MyKad Haji’ — Ini Teknologi Di Sebalik Kad Nusuk

Sumber: astro awani

Gambar utama: valmet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY