Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Dah Mula Guna 10G, Tapi Ini Bukan 10G Yang Ramai Fikirkan

China Dah Mula Guna 10G, Tapi Ini Bukan 10G Yang Ramai Fikirkan

Diterbitkan April 30, 2025 · Dikemas kini April 30, 2025 oleh Amsyar Latif

China telah melakar sejarah apabila secara rasmi melancarkan rangkaian jalur lebar 10G pertama di dunia. Pelancaran ini dijalankan di Xiong’an, sebuah bandar pintar di wilayah Hebei, hasil kerjasama antara China Unicom dan Huawei.

Teknologi yang digunakan adalah 50G Passive Optical Network (PON), membolehkan kelajuan muat turun mencecah hampir 9.8 Gbps dan muat naik melebihi 1 Gbps, dengan kependaman serendah 3 milisaat.

Kelajuan ini membolehkan pengguna memuat turun fail 20GB dalam kurang 20 saat serta menyokong aplikasi berat seperti penstriman 8K, realiti maya (VR/AR) dan permainan awan.

China Dah Mula Guna 10G, Tapi Ini Bukan 10G Yang Ramai Fikirkan
Foto Xinhua news

Menariknya, Xiong’an yang sebelum ini digelar “bandar hantu” kerana kurang berpenghuni, kini bangkit sebagai hab teknologi pintar hasil pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur digital.

Bandar ini dibangunkan sejak 2017 sebagai projek utama Presiden Xi Jinping, dengan konsep kehidupan bersepadu dalam lingkungan 15 minit.

Penting untuk diketahui bahawa “10G” di sini merujuk kepada kelajuan jalur lebar 10 gigabit sesaat, bukan generasi kesepuluh rangkaian mudah alih seperti 5G.

Dengan pelancaran ini, China muncul sebagai negara pertama di dunia menawarkan perkhidmatan 10G kepada orang awam, mendahului negara-negara lain seperti Korea Selatan dan UAE.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Mechamato Bakal Ditayangkan Di China Menerusi Youku
  • Penyelidik China Berjaya Hasilkan Memori Flash Terpantas Di Dunia
  • Makin Ramai Pengguna Di China Beli Telefon Lipat Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY