Bermula April ini, penduduk di Sabah boleh menikmati pemasangan Home Fibre bersama Xpax Postpaid dalam hari sama mereka mendaftar. Bukan itu sahaja, malah mereka juga boleh mendapat rebat sehingga 3 bulan, telefon, router AX dan mesh Wi-Fi percuma. Berdasarkan jadual dikongsi Celcom, pemasangan hari yang sama ini bagaimanapun terhad pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad)…
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Setaraf Apple Dan Samsung, realme Juga Tidak Beri Pengecas Dalam Kotak
realme secara rasmi telah memaklumkan di portal komuniti mereka bahawa model narzo 50A Prime tidak akan disertakan pengecas dalam kotak. Seperti diketahui ramai, antara jenama yang telah melakukan perkara yang sama ialah Apple dan Samsung. Xiaomi juga pernah ‘membuang’ pengecas namun hanya pada Mi 11. Antara alasan yang diberikan realme ini adalah ia merupakan salah satu…
Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk
Saintis sedia mengetahui tentang kewujudan dua gumpalan terbesar dalam isi bumi dengan pertama kalinya dikesan sejak 1970-an. Namun, dapatan terbaru mereka mendapati dua objek terbesar ini sebenarnya berubah bentuk dan bergerak. Satu gumpalan berada di bawah Lautan Pasifik manakala satu lagi di bawah benua Afrika. Ia terdiri daripada batu-batu seperti keseluruhan lapisan mantel tetapi lebih…
MSI Tawar Potongan Harga Sehingga RM3,000 Bersempena Ramadan
Bermula 4 April sehingga 15 Mei 2022, MSI mengadakan promosi untuk peranti-perantinya bersempena bulan Ramadan. Antara yang ditawarkan ialah potongan harga sehingga RM3,000 dan hadiah eksklusif MSI edisi terhad seperti MSI Dragonshield Spaceship, Helmet dan set Katana serta banyak lagi. Pelanggan juga boleh menebus Fitbit Inspire 2 bernilai RM498 secara percuma. Pada masa yang sama,…
Sebulan Sebelum Tol Sesak Sebab Raya Tapi Kos RFID Masih Kekal RM35
Awal tahun ini, seluruh negara kecoh dengan aduan pengguna lebuh raya yang tertekan dengan pelaksanaan RFID sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri. Antara keluhan dikongsi di media sosial ialah tentang alat RFID di plaza tol yang tidak cekap mengesan tag pada kereta lantas mengganggu kelancaran perjalanan. Sebahagian yang lain pula mengeluh tentang kualiti pelekat. Namun, antara…
Apple WWDC 2022 Sah Akan Dilangsungkan 6 Jun, iOS 16 Dijangka Diumum
Apple telah mengumumkan bahawa acara Worldwide Developers Conference (WWDC) akan dilangsungkan secara dalam talian pada 6 Jun hingga 10 Jun 2022. Pun begitu, ada sebilangan pembangun dan pelajar akan dijemput untuk hadir secara fizikal ke Apple Park. Dalam pada itu, Swift Student Challenge juga buat kali ketiganya akan diadakan bersempena acara ini. Untuk cabaran ini,…
