Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gumpalan bumi earth blob

Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk

Diterbitkan April 6, 2022 · Dikemas kini April 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Saintis sedia mengetahui tentang kewujudan dua gumpalan terbesar dalam isi bumi dengan pertama kalinya dikesan sejak 1970-an. Namun, dapatan terbaru mereka mendapati dua objek terbesar ini sebenarnya berubah bentuk dan bergerak.

Satu gumpalan berada di bawah Lautan Pasifik manakala satu lagi di bawah benua Afrika.

gumpalan bumi
Gumpalan di atas ialah di benua Afrika manakala yang bawah pula di Lautan Pasifik. Sumber: Ömer Bodur

Ia terdiri daripada batu-batu seperti keseluruhan lapisan mantel tetapi lebih panas, tumpat dan berat. Secara kimia juga, ia berbeza daripada bahan lain dalam lapisan tersebut.

Mereka juga temui bahawa gumpalan-gumpalan ini berpecah dan bergabung seperti benua-benua daratan (Eropah, Asia) di permukaan Bumi.

Rendering of the blobs
Dua gumpalan dalam perut Bumi. Sumber: Oxford Academic

Ia berada pada lapisan mantel Bumi iaitu antara permukaan dan teras luaran. Selain itu, juga mempunyai akar sehingga 2,900km bawah permukaan Bumi, hampir separuh jalan ke teras planet ini.

Walaupun sudah lama diperakui kewujudannya, tetapi yang masih menjadi tanda tanya adalah bagaimana ia mempengaruhi Bumi sejak jutaan tahun dulu.

Struktur Lapisan Bumi - Insan Pelajar

Menurut saintis, gumpalan ini pernah satu ketika dahulu sampai ke permukaan namun menerusi letusan gunung berapi.

Kata Paula Koelemeijer dari University College London, “Kita tahu lebih banyak tentang permukaan Matahari atau Bulan atau Marikh berbanding apa yang ada jauh bawah tapak kaki kita.”

Ada saintis mengemukakan teori bahawa gumpalan ini berasal dari serpihan pelanggaran antara planet yang berlaku 4 juta tahun dulu. Sisa yang berbaki ini kemudian tenggelam ke dasar Bumi.

 

Apa-apa pun, ia pastinya memegang banyak rahsia kejadian dan perubahan planet yang kita diami hari ini.

Penemuan ini dapat membantu penyelidik mempelajari lanjut berkenaan sumber dari perut Bumi seperti berlian, nikel dan lain-lain.

Sumber: The Byte, Nature, EOS

Gambar utama: News Direct

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY