Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme charger

Setaraf Apple Dan Samsung, realme Juga Tidak Beri Pengecas Dalam Kotak

Diterbitkan April 7, 2022 · Dikemas kini April 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

realme secara rasmi telah memaklumkan di portal komuniti mereka bahawa model narzo 50A Prime tidak akan disertakan pengecas dalam kotak.

Seperti diketahui ramai, antara jenama yang telah melakukan perkara yang sama ialah Apple dan Samsung. Xiaomi juga pernah ‘membuang’ pengecas namun hanya pada Mi 11.

Antara alasan yang diberikan realme ini adalah ia merupakan salah satu usaha mereka untuk kelestarian alam sekitar dan selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2025.

Namun, berita baiknya adalah hanya model narzo 50A Prime yang dikecualikan pengecas manakala model-model lain masih terus dibekalkan pengecas walaupun dikeluarkan selepasnya.

Melalui semakan kami, realme Narzo 50A Prime yang dijual di pasaran Malaysia melalui Shopee juga tidak disertakan pengecas bersama. Untuk varian 4GB+64GB, ia dijual serendah RM629.

Klik di sini untuk ke kedai rasmi realme di Shopee atau klik sini untuk ke Lazada.

Sumber: realme

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY