Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penduduk Sabah Kini Boleh Nikmati Pemasangan Celcom Fibre Dalam Masa 24 Jam

Posted on April 7, 2022April 7, 2022

Bermula April ini, penduduk di Sabah boleh menikmati pemasangan Home Fibre bersama Xpax Postpaid dalam hari sama mereka mendaftar.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga boleh mendapat rebat sehingga 3 bulan, telefon, router AX dan mesh Wi-Fi percuma.

Berdasarkan jadual dikongsi Celcom, pemasangan hari yang sama ini bagaimanapun terhad pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan beberapa daerah tertentu yang digilir-gilir. Anda boleh rujuk jadual penuh seperti di bawah.

Buat masa ini, ia cuma dijadualkan sehingga bulan Jun dan tidak pasti apakah Celcom akan terus menawarkannya selepas tempoh tersebut.

 

Covid Support

Pelanggan di negeri di bawah bayu juga boleh mendapatkan kelajuan sehingga 1Gbps yang ekslusif di Sabah pada harga RM229 di bawah Celcom Home Fibre Plan. Kesemua pelan fiber ini boleh ditambah dengan pascabayar Xpax dengan harga rata RM60.

Untuk maklumat lebih terperinci, layari laman sesawang Celcom.

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress