Apple telah mengumumkan bahawa acara Worldwide Developers Conference (WWDC) akan dilangsungkan secara dalam talian pada 6 Jun hingga 10 Jun 2022.
Pun begitu, ada sebilangan pembangun dan pelajar akan dijemput untuk hadir secara fizikal ke Apple Park.
Dalam pada itu, Swift Student Challenge juga buat kali ketiganya akan diadakan bersempena acara ini. Untuk cabaran ini, pelajar dari seluruh dunia boleh mencipta projek aplikasi Swift Playground menggunakan iPad dan berpeluang mendapat biasiswa WWDC.
Namun, yang dinanti-nanti pengguna awam pastinya pengumuman ciri dan fungsi baharu dalam iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS.
Hal ini kerana Apple dijangka akan mendedahkan versi operasi terkini bagi kesemua siri operasi di atas seperti iOS 16 dan watchOS 9.
Bukan hanya dari segi perisian, untuk peranti dan perkakasan pula, berkemungkinan syarikat dari AS ini akan berkongsi tentang model terbaharu Mac Pro.
Baca juga: