Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: Aminuddin Ahmad

Mula menulis blog seawal 9 tahun dengan menyebarkan teori konspirasi dan (mungkin juga) fitnah terhadap Yahudi, beliau tekad memulakan kehidupan pascabaligh dengan menyampaikan kebenaran dan melawan dusta melalui jari dan kepingan plastik berlabel abjad. Bagi beliau mudah -- suara rakyat suara keramat! ✊🏽
instagram again kredit to illumitati

Instagram Muhasabah Diri Selepas Dikecam Gigih Tiru TikTok, Henti Sementara Beberapa Ciri

Instagram memaklumkan mereka akan berhenti menguji ciri pemaparan gambar dan video skrin penuh dan akan mengurangkan kiriman cadangan (recommended post). Semua ini akan berlaku dalam masa 2 minggu. Ini berikutan tular kiriman dalam kalangan pengguna yang menggesa Instagram mengekalkan jati diri dan berhenti menjadi TikTok 2.0. Beberapa hari lalu, Adam Moserri, Ketua Instagram memberi respons…

zenfone 9

ASUS Zenfone 9 Rasmi, Saiz Kompak Dengan Harga Yang ‘Gah’ Bukan Main

ASUS Zenfone 9 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Ia dijana Snapdragon 8+ Gen 1, menjalankan Android 12 tetapi hanya dijanjikan 2 kemas kini utama dan 2 tahun tampalan keselamatan. Yang menjadikannya kompak ialah saiz skrin 5.9 inci. Ia menggunakan panel OLED Samsung dengan nisbah 20:9 dengan sokongan kadar segar 120Hz dan 240 kadar input. Ia…

AirAsia teksi udara

AirAsia Bekerjasama Dengan Syarikat UK Untuk Teksi Udara Di Malaysia

AirAsia menjalin kerjasama dengan Skyports Infrastructure dari UK untuk pembangunan perkhidmatan teksi udara di Malaysia. Fasa awal akan melibatkan Kuala Lumpur untuk penilaian awal pasaran ini. Kerjasama selama setahun ini akan menumpukan terhadapan kajian infrastruktur, pengenalpastian tapak vertiport dan pembangunan rangka kerja operasi. Skyports antara nama dikenali dalam industri AAM (advanced air mobility). Ia menyediakan perkhidmatan mereka…

nothing phone

Reaksi Awal Nothing Phone (1) – Bukan Sekadar ‘Lip Lap’

Baik pengikut tegar teknologi mahupun yang sekadar ambil tahu untuk up-to-date, kedua-dua golongan ini pastinya maklum benar tentang kewujudan Nothing Phone (1) yang sudah rasmi di Malaysia. Ia ditawarkan dalam 2 varian di Malaysia: 8GB + 256GB – RM2,399 12GB + 256GB – RM2,699 Kami telah dijemput ke acara pelancarannya tempoh hari dan kini sedang menggunakannya sebagai…

Rasmi, Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Langsung Di Malaysia

Rasmi, Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Langsung Di Malaysia

GSC telah mengesahkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia atas arahan Disney Malaysia. Filem ini telah ditunda 2 kali sebelum ini dari 4 Julai ke 21 Julai 2022 namun kemudian ditangguh lagi tanpa tarikh. Hari ini, nampaknya tundaan ini berakhir dengan berita yang lebih buruk di mana ia tayangannya langsung…

Siri Redmi K50 GE

Spesifikasi Redmi K50S Tertiris, Dijana Snapdragon 8 Gen 1 Dengan Kamera 200MP

Redmi K50S yang akan dilancarkan kelak akan menjadi model terbaru dalam barisan K50. Bezanya, ia akan dijana cip Snapdragon tidak seperti model sebelum ini, jika ura-ura ini tepat. Yogesh Brar berkongsi spesifikasi yang dipercayai ditetapkan untuk telefon ini. Redmi K50S akan dijana Snapdragon 8 Gen 1 dengan pilihan RAM sebesar 8GB dan 12GB serta ROM…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 176
  • 177
  • 178
  • 179
  • 180
  • 181
  • 182
  • …
  • 339
  • Next
©2026 WISER.MY