Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zenfone 9

ASUS Zenfone 9 Rasmi, Saiz Kompak Dengan Harga Yang ‘Gah’ Bukan Main

Diterbitkan Julai 29, 2022 · Dikemas kini Julai 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

ASUS Zenfone 9 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Ia dijana Snapdragon 8+ Gen 1, menjalankan Android 12 tetapi hanya dijanjikan 2 kemas kini utama dan 2 tahun tampalan keselamatan.

Yang menjadikannya kompak ialah saiz skrin 5.9 inci. Ia menggunakan panel OLED Samsung dengan nisbah 20:9 dengan sokongan kadar segar 120Hz dan 240 kadar input. Ia juga dilindungi Gorilla Glas Victus..

Tubuhnya diperbuat daripada plimer yang dikatakan lebih tahan lasak daripada plastik dan kaca. Untuk perlindungan, ia mempunyai IP68.

Asus Zenfone 9 unveiled: still small, but faster, longer lasting and with a better camera

Bagi kamera, 3 sensor Sony dipilih untuk pengalaman penggambaran yang terbaik. Dua daripadanya ialah kamera belakang.

  • 50MP (IMX766) (1/1.56”, 1.0µm)
  • 12MP (IMX363) (1/2.55”, 1.4µm) sudut lebar 113°

Lensa 50MP utamanya mempunyai 6 paksi penstabil yang berfungsi sebagai gimbal, dikatakan 3 kali lebih berkesan berbanding OIS biasa.

Asus Zenfone 9 unveiled: still small, but faster, longer lasting and with a better camera

Selain itu, ia juga mampu merakam video 8K 24fps dan 4K 60fps dengan EIS.

Untuk swafoto pula, ia dibantuk lensa 12MP (IMX663) yang mampu merakam video 4K 1080p 60fps.

Dari segi audio, ASUS juga tidak main-main kerana dua pembesar suaranya hadir dengan talaan Dirac, Qualcomm Aqstic dan kebolehan mengakses konfigurasi data Bespoke. Bicu audio 3.5mm juga tersedia untuk disambungkan.

ASUS Zenfone 9 Rasmi, Saiz Kompak Dengan Harga Yang ‘Gah’ Bukan Main

Kapasiti baterinya sebesar 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W HyperCharger.

Menariknya, pengimbas cap jari tidak lagi pada di bawah skrin sebaliknya pada butang kuasa di sisi telefon yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tatalan dan kustomasi tekan sekali dan tekan lama-lama.

  • 8/128GB – €800 (~RM3,630)

Buat waktu ini, ia akan ditawarkan di beberapa negara seperti Amerika Utara, Jepun, Indonesia, Hong Kong.

Asus Zenfone 9 unveiled: still small, but faster, longer lasting and with a better camera

Namun, tolak soal harga, saya secara peribadi tidak sabar untuk menggunakannya kerana telefon kompak mempunyai tempat yang istimewa di hati. Tambah pula jarang sekali pengeluar hari ini memasarkan telefon bersaiz bawah 6 inci.

Tidak pasti bilakah ia akan masuk ke pasaran Malaysia.

Sumber: GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY