Pada masa ini, ciri panggilan audio dan video hanya boleh dilakukan melalui aplikasi WhatsApp. Kini, laporan dari WABetaInfo menyatakan WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan panggilan audio dan video dilakukan melalui WhatsApp Web. Menerusi ciri ini, satu tetingkap (window) akan muncul dimana pengguna boleh menjawab atau mematikan panggilan tersebut. Sementara itu, tetingkap yang lebih…
Pengarang: Amalina Athman
Pra Tempahan Sony Xperia 1 II Kini Dibuka, Percuma Fon Telinga Bernilai RM949
Sony pada minggu lalu telah mendedahkan harga Xperia 1 II. Peranti ini diletakkan pada harga RM4,999 untuk pasaran tempatan. Kini, laman Sony Malaysia mengesahkan pra tempahan Mark II telah dibuka selama sebulan bermula hari ini sehingga 19 November 2020. Setiap pra tempahan peranti ini akan menerima pelindung skrin, sarung pelindung dan fon telinga WF-1000XM3 Wireless…
Xiaomi Mi 11 Akan Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 875
Xiaomi kini dilaporkan akan memperkenalkan peranti mercu Mi 11 dengan janaan cip pemproses Snapragon 875. Perkara ini didedahkan oleh Digital Chat Station melalui laman Weibo. Tambahnya, Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan secara eksklusif untuk pasaran China sebelum dilancarkan untuk pasaran global. Ia mungkin hadir seawal tahun hadapan. Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenainya. Terdahulu,…
Carian Lagu Di Google Kini Boleh Dilakukan Dengan Hanya Siulan Atau ‘Humming’
Anda mungkin pernah berhadapan situasi di mana ingin mencari sesuatu lagu, namun tidak tahu nama penyanyi, tajuk mahupun lirik lagu tersebut. Baru-baru ini, Google melalui acara Search On telah memperkenalkan cara baru untuk mencari lagu tanpa lirik, nama artis atau nada yang tepat. ‘Humming’ untuk membuat carian lagu Pengguna kini boleh membuat carian lagu hanya…
Xiaomi Perkenal Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Pengisian Penuh Dalam Masa 19 Minit
Sebelum ini, Xiaomi buat pertama kalinya dalam industri telah memperkenalkan pengecasan 120W pada Mi 10 Ultra. Kini, Xiaomi baru sahaja mengumumkan 80W Mi Wireless Charging Technology. Ia merupakan teknologi pengecasan tanpa wayar yang ketiga diperkenalkan oleh Xiaomi pada tahun ini, iaitu selepas mengumumkan pengecasan tanpa wayar 40W (Mac 2020) dan 50W pada Ogos lalu. Menurut…
Nokia Terima Dana Bernilai $14.1 Juta Untuk Bangunkan Rangkaian 4G Di Bulan
Nokia baru-baru ini dilaporkan telah menerima kontrak untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan. Dana bernilai $14.1 juta telah diberikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kepada Nokia bagi tujuan itu. Menurut Nokia, pembangunan teknologi ini akan dimulai dengan rangkaian 4G terlebih dahulu sebelum menaiktaraf kepada teknologi 5G. Rangkaian 4G yang akan dibina ini membolehkan…
