Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWCS 2021

OPPO Dijangka Melancarkan Tablet Dan Komputer Riba Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan November 10, 2020 ยท Dikemas kini November 10, 2020 oleh Amalina Athman

Bagi mempelbagaikan lagi portfolio produk, OPPO kini dilaporkan bakal memasuki segmen pasaran baharu. Syarikat itu dikatakan dalam perancangan untuk memasuki pasaran tablet dan komputer riba.

Menurut laporan Digital Chat Station, OPPO dijangka melancarkan tablet dan komputer riba seawal tahun hadapan.

OPPO tablet

Akan tetapi, tiada garis masa spesifik yang dinyatakan. Juga, belum diketahui apakah penawaran yang akan diberikan oleh OPPO dalam segmen pasaran ini.

Pada masa ini, hanya beberapa jenama telefon pintar yang menawarkan tablet termasuk Apple, Samsung, Huawei, Lenovo dan sebagainya. Apple kekal mendominasi pasaran tablet dengan barisan iPad yang menawarkan pelbagai segmen harga.

Dalam pada itu, dijangka lebih banyak maklumat yang akan diperolehi mengenai tablet dan komputer riba dari OPPO.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY